Posts

Showing posts from March, 2010

SYUKRAN...ALHAMDULILLAH!

Image
Assalamualaikum, antum semua. Kaifa halukum? Ana harap antum semua sihat iman & badan & sentiasa dilindungi oleh naungan rahmat Allah swt, Insya-Allah... Alhamdulillah, kali pertama dalam sejarah ana handle blog ana mendapat award daripada blogger yang pemurah ni... Ha, inilah award yang kawan ana bagi tu...Jamilah kan?

formspring.me

Ask me anything http://formspring.me/muslimah95

MUTIARA IMAN: ZUHUD vs CINTA DUNIA

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum wbt...Kaifa halukum ya asdiqa? (ape khabar wahai kawan-kawanku?) MUTIARA IMAN: ZUHUD VS CINTA DUNIA عن أبي العباس سهل بن سعد الساعدي رضى الله عنه قال : جاء رجل إلى النبى صلى الله عليه وسلم: فقال : يارسول الله دلّني على عمل إذا عملته أحبّنى الله وأحبني الناس. فقال : ا زهد فى الدنيا يحبك الله وازهد فيما عند الناس يحبك الناس. حديث حسن . Dari Abi Al Abbas Sahl Bin Sa’ad Sa’idiy RA, Katanya : Telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW bersabda : Ya Rasulullah ! Tunjukkanlah kepada aku suatu amal yang apabila aku kerjakannya, dikasihi aku oleh ALLAH dan dikasihi oleh manusia. Kemudian Rasulullah SAW bersabda : hendaklah zuhud pada dunia, nescaya engkau dikasihi ALLAH, dan engkau zuhud pada apa yang ada di sisi manusia, nescaya engkau dikasihi oleh manusia. ( Hadis Hasan ) Ulasan Hadis : 1. Hadis ini menceritakan tentang zuhud. Zuhud yang dimaksudkan di dalam Hadis ini ialah zuhud dengan dunia iaitu berpaling dari suatu atau meng

AN-NISA`...

Image
Azab Bagi Wanita Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat Renungan khususnya untuk para wanita dan diri sendiri..... Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fat imah . Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis. Beliau menjawab, "Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya. Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan t imah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya. Aku lihat perempuan tergantang kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking. Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta

KURNIA ALLAH SWT

Image
Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum wbt... Kisah mengenai Ibrahim Adham. Suatu hari,dia sedang berburu dan apabila dia penat dia duduk sambil memotong roti yang dibawanya.Tiba-tiba hinggap seekor burung sebesar buruk gagak di depannya mematuk potong roti dan membawa terbang. Ibrahim berasa hairan dengan kejadian itu dan serta-merta mengikuti burung itu sehingga ke sebuah lereng gunung. Ibrahim melihat seorang lelaki dalam keadaan terikat kaki dan tangan. Setelah ikatan itu dilepaskan, dia menceritakan kejadian yang menimpanya. ''Saya adalah pedagang yang dirompak oleh sekumpulan penyamun dan diikat selama tujuh hari, maka burung itu datang kepada saya membawa roti setiap hari. Dengan demikian tahulah bahawa ALLAH s.w.t. tidak akan meninggalkan hambaNya kelaparan'', katanya. Setelah kejadian itu, Ibrahim terus bertaubat dan menyerahkan segala hak miliknya ke jalan ALLAH s.w.t. dan menuju ke Makkah tanpa membawa bekal sedikit pun, tetapi dia tidak berasa lapar dala

BUKTI CINTA ALLAH KEPADA HAMBANYA...

Image
Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum wbt...Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi yang telah memberikan nikmat kehidupan kepada semua makhluknYa di seluruh alam semesta...Ana teringat sebentar, betapa luasnya cinta Allah kepada makhlukNya...Sesungguhnya, cinta Allah tiada tolok bandingnya... Ada dua cinta yang hakiki dan tak pernah luntur, yaitu cinta Allah kepada hambaNya dan cinta ibu terhadap anaknya. Namun keduanya memiliki nilai berbeza. Cinta Allah itu adalah cinta yang tidak terbatas. Hakikat dan besarnya tidak boleh disamakan dengan kasih sayang siapa pun. Allah SWT berfirman, ”Rahmat (kasih sayang)-Ku meliputi segala sesuatu.” (QS Al-A’raf [7]:156). Untuk memberikan gambaran kepada umat tentang kasih sayang Allah, Rasulullah mengibaratkan kalau kasih sayang Allah itu berjumlah seratus, maka yang sembilan puluh sembilan disimpan dan satu bahagian lagi dibahagi-bahagi. Satu bahagian boleh mencukupi seluruh kebutuhan makhluk. Hal ini menunjukkan betapa luasnya cinta Allah. A

BERTUAHNYA KITA...

Image
Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum wbt... 1. Sekurang-kurangnya ada 5orang dalam dunia yang menyayangi anda & sanggup mati kerana anda..(wallahua`lam...) 2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara... 3. Sebab utama seseorang membenci anda kerana dia ingin menjadi seperti anda. 4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda...(wallahua`lam...) 5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur...(wallahua`lam) 6. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirkan semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka... 7. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya... 8. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya...

PENENANG JIWA: AMAR MAKRUF NAHI MUNKAR

Image
Bismillahirrahmanirrahim... "Kamu menyuruh yang makruf & melarang yang mungkar, serta beriman kepada Allah..." (Q.S Al Imran: 110) Dengan demikian jika mereka meninggalkan amar makruf nahi mungkar maka hilanglah kebaikan mereka. Namun jika mereka beramar makruf & nahi mungkar serta memerangi orang kafir agar masuk Islam, maka manfaat mereka bagi manusia jua. Dapatkan Mesej Bergambar di Sini Rasulullah saw bersabda: " Sebaik manusia adalah orang yang bermanfaat bagi manusia& seburuk manusia orang yang membahayakan manusia." adapun erti beriman kepada Allah adalah membenarkan keEsaan Allah & menetapkan serta mengakui bahawa Muhammad utusan Allah. Barangsiapa menentang Nabi SAW bererti menentang Allah pula. Sebab dia kira mukjizat yang dibawaNabi SAW datang dari beliau sendiri. Telah bersabda Rasulullah SAW: " Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran, hendaklah dibetulkan dengan secara hikmah iaitu dengan kuasanya, jika tidak mampu dengan li

SEBUAH PERTEMUAN

Image
Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum wbt...Syukur ke hadrat Ilahi yang telah memberikan kita peluang untuk meneruskan perjalanan & kehidupan di atas muka bumiNya...Alhamdulillah... Hiburan & renungan buat antum semua...lirik lagu UNIC, SEBUAH PERTEMUAN...Hargailah jasa sahabat anda... Ketika diri mencari sinar Secebis cahaya menerangi laluan Ada kalanya langkahku tersasar Tersungkur di lembah kegelapan Bagaikan terdengar bisikan rindu Mengalun kalimah menyapa keinsafan Kehadiranmu menyentuh kalbu Menyalakan obor pengharapan Tika ku kealpaan Kau bisikkan bicara keinsafan Kau beri kekuatan, tika aku Diuji dengan dugaan? Saat ku kehilangan keyakinan Kau nyalakan harapan Saat ku meragukan keampunan Tuhan Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala Menitis airmataku keharuan Kepada sebuah pertemuan Kehadiranmu mendamaikan Hati yang dahulu keresahan Cinta yang semakin kesamaran Kau gilap cahaya kebahagiaan Tulus keikhlasan menjadi ikatan Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan Titisan air

MINTA MAAF KEPADA SAHABAT

Image
Assalamualaikum...kali ni ana nak tuliskan sedikit coretan tentang masalah ana...Ana ada buat salah (rasenyela..) kat seseorang sahabat ana...mungkin secara langsung/ x langsung...ape pun...kepada sahabat ana ni...tolongla maafkan ana...x sangka ape yang ana cakap menyebabkan sahabat terasa kat ana...Ana xnk jadikan ia konflik...Mungkin sahabat tak tau ana tulis kat blog ni...ana harap dengan berbekalkan doa kepada Allah s.w.t, tali ukhuwah antara kita tercantum semula... Dapatkan Mesej Bergambar di Sini Dapatkan Mesej Bergambar di Sini Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

MUKASHAFAH AL-QULUB: KEUTAMAAN SOLAT MALAM

Image
Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum wbt... Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang telah memberi peluang kepada ana untuk terus bernafas di bumiNya...Kali ini, ana ingin berkongsi mengenai keutamaan solat malam. Solat malam tediri daripada solat sunat Taubat , solat sunat Tahajjud & solat sunat Hajat . Amalan solat malam ini juga dapat menampung kecacatan amalan solat fardu & ibadah2 wajib yang lain... Potongan ayat surah & potongan Hadis yang berkaitan keutamaan solat malam ini ana dapat dari sebuah buku bertajuk PENENANG JIWA, terjemahan kitab MUKASHAFAH AL QULUB. Antara potongan ayat surah & potongan hadis yang menegaskan tentang keutamaan solat malam: > Allah Azza Wa Jalla berfirman: "Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui bahawa engkau solat di malam hari, kurang dari 2/3 malam." (Q.S Al Muzammil: 20) "Minta tolonglah kamu(kepada Tuhan) dengan kesanaran & (mengejarkan) solat" (Q.S. Al Baqarah: 45) > Rasulullah SAW bersabda: "

BLOG BERWAJAH BARU...

Image
Assalamualaikum...dah lame tak update blog ana...Ana sibuk minggu ni sebab menduduki ujian 1...Alhamdulillah, kesemua 9 subjek ana boleh jawab dengan tenang...harap dapat result yang ok...InsyaAllah...Disebabkan ana dah ada peluang nak update blog, ana pun bercadang nak tukar wajah blog ana ni... Dari template 2`column` ke 3`column`...Lagi banyak ruang nak letak segala kod HTML...tapi ruangnya kecil sedikit...apepun, ana puas hati dengan wajah baru blog ana...Ana dapat kod 3`column` ni dari www.finalsense.com ... Wassalam...~

DI SEBALIK MATA WANITA...

Image
Assalamualaikum ana ucapkan... Artikel yang menarik untuk muslimah semua...di sebalik mata kita ada maksud yang tersirat mengenai personaliti kita...namun, x semestinya 100% sama dengan personaliti kita...Selamat membaca & renung2kan kejadian yang Allah ciptakan...dan sentiasalah memuji Allah dengan bertahmid& bertasbih... Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati. Mata juga mengungkap pelbagai makna - firasat tersirat. Namun firasat ini hanyalah sekadar menambah pengetahuan, tentang tingginya rahsia pusaka Melayu lama yg kaya dgn pelbagai ilmu tilikan tentang insan bergelar WANITA. Sejauhmana kebenaran tidaklah diketahui dan mungkin sekadar kebetulan semata-mata…. SAIZ MATA KECIL Peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan. Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tapi bila marah lambat sejuknya. Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan syahwat

KHASIAT MADU LEBAH ...

Image
Assalamualaikum wbt...kaifa halukum..??? Ana harap semuenye sihat walafiat, InsyaAllah...Kali ini lain cerita pulak...ana nak kongsikan antara khasiat madu lebah atau dalam bahasa Inggeris nye honey bee... Sebelum tu...tengokla dulu gambar-gambar madu (meleleh air liur...) kat bawah ni...Selamat membaca..! Crazy bee...=) Struktur bahagian dalam badan lebah...Sebenarnya madu terhasil di dalam perut lebah tau... Membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan dengan cepat Amat berkesan bagi menenangkan tubuh dan akal fikiran. Menjaga jantung dan menjauhkan sejuk dari dada. Boleh mem ber i perlindungan daripada pelbagai jenis penyakit. Ia baik untuk kesihatan, boleh memberi tenaga dan mencerdikkan akal. Walaupun mengandungi gula, namun gulanya mudah dan serasi dikendalikan oleh buah pinggang. Hati orang beriman itu manis dan kerana itu suka kepada kemanisan madu. Ibnu Juraij ra. Pernah menyebut perkataan Imam Zuhri r.a tokoh hadith di Kota Madinah yang berkata: ”sel

SAMBUNGAN : CINTA KEPADA RASULULLAH S.A.W

Image
Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum w.b.t Ape lagi cara kita untuk membuktikan rasa cinta kita kepada Rasulullah s.a.w??? Harap antum semue dapat manfaat darinya& semoga iman kita bertambah... MENTAATI RASULULLAH S.A.W. Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada rasul (Rasulullah S.A.W) dan jaganlah kamu batalkan amal-amal kamu. (Surah Muhammad: Ayat 33). Firman Allah Taala bermaksud: Dan apa jua perintah yang dibawa oleh rasul (Rasulullah S.A.W) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. (Surah al-Hasyr: ayat 7). Firman Allah Taala bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad): Taatilah kamu kepada Allah dan rasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka) maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir. (Surah ali-Imran: ayat 32). BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH S.A.W. Firman Allah Taala bermaksud: Sesungguhnya Allah dan malai