Tuntutlah Ilmu...


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu3alaikum w.b.t. Sharing is caring... ana ingin share sebuah hadis Rasulullah S.A.W. yang menegaskan mengenai keutamaan menuntut ilmu. Baca & hayati lafaz serta maksud hadis di bawah ini... :)

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Musa r.a, ia berkata bahawa Nabi S.A.W. bersabda:

Maksudnya: Perumpamaan petunjuk dan ilmu yang Allah utuskan kepadaku untuk mengembangkannya adalah bagaikan hujan yang jatuh ke tanah. Di antara tanah tersebut terdapat bahagian yang subur, yang mampu menyerap air dengan baik, lalu menumbuhkan pepohonan dan rerumputan yang banyak. Di antaranya ada yang keras, mampu menampung air sehingga manusia boleh mengambil air daipadanya untuk keperluan minuman, menyirami tanaman, dan untuk menyalurkan air. Dan di antaranya pula ada yang tidak mampu menampung air dan tidak mampu menumbuhkan pepohonan dan rerumputan. Demikian jugalah perumpamaan orang yang diberi pemahaman agama yang diutuskan kepadaku untuk mengembangkannya: di antara mereka ada yang mampu mendalaminya, lalu mengajarkannya kepada orang lain, dan ada juga di antaranya yang sama sekali tidak mahu menerima petunjuk."

(Riwayat al-Bukhari no.79 & Muslim no. 2282)

Wassalam! ^_^

Comments

Popular posts from this blog

BBM: ADAB TERHADAP GURU

BBM: SOLAT 5 WAKTU

BBM: RUKUN ISLAM