Ramadhan...Ramadhan...^^



Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t. Ape khabar iman kita semua? semoga iman kita bertambah dari hari ke hari. Lebih2 lagi pada bulan al-Mubarak ini...InshaAllah.

Alhamdulillah, kita sudah berada di hari ke2 bulan Ramadhan. Tanpa disedari, sudah lengkap 2 hari kita berpuasa. Seperti mana yg kita tau, banyak kelebihan yang Allah kurniakan dalam bulan Ramadhan kepada hamba2Nya. Ape yang penting, nawaitu kita berpuaa itu hendaklah suci & ikhlas semata2 demi Allah S.W.T. agar hasilnya dapat kita peroleh iaitu Takwa.~
> B'dasarkan hadis Rasulullah S.A.W. maksudnya:

"Setiap amalan anak-anak Adam itu dilipatgandakan satu kebajikan dengan 10 hingga 700 kali ganda. Lalu Allah berfirman (yang bermaksud):"Kecuali puasa. Sesungguhnya puasa ini untukKu dan Aku akan membalasnya, dia mengekang syahwat dan makan minum hanya untukKu. Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan. Kegembiraan ketika dia berbuka dan kegembiraan ketika bertemu Allah. Dan bau busuk orang yang berpuasa di hadapan Allah lebih harum daripada wangian kasturi." (Riwayat Bukhari & Muslim)

> Sabda Rasulullah S.A.W. yg bmaksud: "Ramadhan itu awalnya rahmat, pertengahannya maghfirah (pengampunan) dan akhirnya pembebasan daripada api neraka."
(Riwayat Ibnu Khuzaimah)

Ana tertarik dengan satu ungkapan yang ana petik daripada Majalah Solusi edisi no.34. Puasa berkait rapat dengan Takwa & Al-Quran.



Puasa-Jalan utk menuju Takwa.
Bulan Ramadhan-Turunnya al-Quran
Al-Quran-Diturunkan oleh Allah sebagai petunjuk bagi mereka yang ada jiwa Takwa.

Oleh itu, pastikan kualiti puasa kita meningkat & lebih baik daripada tahun2 lepas. InshaAllah. Jom kawan2, para pembaca semua, kita jadikan bulan ini sebagai Madrasah utk kita melatih hawa nafsu kita supaya menahan diri daripada melakukan perkara22 yg sia & menambahbaik amal ibadah fardu & sunat kita kepada Allah. InshaAllah... :)

Di sini ingin ana share kan sedikit ilmu yg ana dapat dari Majalah Solusi edisi 34.

Latih Tubi Sepanjang Ramadhan

>Puasa menahan lapar & dahaga
>Solat-solat sunat- Tarawih, Witir, Tahajjud dll
>Membiasakan solat Jemaah di masjid/surau
>Membaca al-Quran & bertadarus
>Iktikaf
>Berzikir
>Menambah ilmu-baca buku2 ilmiah, m'dgr tazkirah dll
>Bangun awal-seawal jam 5 pagi utk b'sahur
>Mengurangkan hiburan
>Bersedekah
>Beribadah pada 10malam terakhir dgn bsungguh2
>Tunaikan Zakat Fitrah

Semoga kita semua dapat melaksanakannya, InshaAllah.



Renungan

Janganlah kita jadi seperti yg disebut dalam Hadis Rasulullah s.a.w. yg bermaksud:

"Berapa ramai orang yang berpuasa hanya mendapat rasa haus dan lapar."
(Riwayat Ibnu Majah)


Setakat ini je lah entry ana kali ini. Semoga dpt manfaatnya. May Allah bless us in this holy month, ameen. ^_^

Comments

Popular posts from this blog

BBM: ADAB TERHADAP GURU

BBM: SOLAT 5 WAKTU

BBM: RUKUN ISLAM