APA YANG ADA DI DALAM SEBIJI KURMA?

Buah kurma atau dalam bahasa Arab nya dipanggil tamar tergolong dalam keluarga phoenix. Phoenix adalah sekumpulan jenis palm seperti kelapa sawit.Buahnya bertangkai seperti buah pinang.Kurma mengandungi pelbagai khasiat pemakanan yang tinggi seperti Kismis dan Aprikot kering. Antara khasiat buah kurma ialah ; 1-Kaya dengan protein 2-Kaya dengan gula 3-Kaya dengan serat 4-Kaya dengan Vitamin A dan Viramin C 5-Kaya dengan zat mineral dan galian seperti Besi, Kalsium, Sodium dan Potasium. Umat Islam disunatkan untuk berbuka dengan kurma. Kepentingan buah kurma adalah berdasarkan hadith Nabi SAW yang bermaksud : “Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan”. Kurma adalah antara makanan/buah yang paling disukai oleh Rasulullah SAW. Pecahan kandungan khasiat buah kurma dalah seperti berikut ; 1-Protein (1.8~2.0%) 2-Serat (2.0~4.0%) 3-Glukosa(50.0~57.0%) Disebabkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi,maka apabila kita memakan kurma, tenaga dapat di...