Posts

Showing posts with the label tazkirah

Syaaban...Hadirmu Tidak Kusedari

Image
Bismillahirrahmanirrahim... Salamullahi `alaikum warahmatu wabarakatuh... Hello my blog readers & visitors! Alhamdulillah, dapat jugak ana update blog harini. Sedar tak sedar, kita semua dah memasuki bulan Syaaban, antara bulan2 yang mulia di sisi Allah S.W.T. Selepas Syaaban, Ramadhan! Masha Allah, sudah hampir diri kita ke bulan yang diwajibkan kita berpuasa...Alhamdulillah, semoga Allah memberi peluang kepada kita semua untuk menikmati peluang beribadah pada bulan yang melimpah ruah nikmat & ganjaran pahala di dalamnya...Amin.. Bulan Syaaban... Antara bulan2 yang mulia... di dalamnya ada terdapat nisfu syaaban. Suatu hadis yang dirawikan oleh Atha bin. Yassar: "Pada malam Nisfu Syaaban, dihapuskan oleh malaikat maut, setiap orang yang hendak meninggal dunia dari Syaaban ke Syaaban yang lain, dan seseorang menanam tanaman, menikah isteri serta membangun rumah dimana namanya telah dihapuskan sebagai orang yang mati. Tetapi malaikat maut tidak melihatnya....

Muhasabah Cintaku...

Image
Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum semua. Sebelum ana nak pegi latihan forum remaja hari ni, sempat lagi untuk ana update blog pagi2 ni. La Haula wa La Quwwata Illa Billahil `Aliyyil `Azim... Aku hanya hambaMu yang lemah... banyak ujian yang telah Engkau beri kepadaku. Terasa amat pedih hati ini. Terlalu berat ujian yang Engkau turunkan. Tetapi, aku bersyukur kepadaMu, kerana Engkau masih menyayangi diriku dengan memberikan kepadaku ujian & dugaan, untuk menguji sejauh mana tahap keimanan ku kepadaMu. “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa y...

Don`t be Arrogant...!

Image
Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum kpd sesiapa yg lawat blog biasa ini. Kali ni ana nak kongsi satu dalil al-Quran tentang keburukan orang yang sombong. Semoga bermanfaat! :) P/s: Tak tau nak tulis ape dah utk entry kali ni.. وَلَا تَمۡشِ فِى ٱلۡأَرۡضِ مَرَحًا‌ۖ إِنَّكَ لَن تَخۡرِقَ ٱلۡأَرۡضَ وَلَن تَبۡلُغَ ٱلۡجِبَالَ طُولاً۬ Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang. ( Surah Al-Isra' 17: Ayat 37) Sumber: www.iluvislam.com May Allah bless us, ameen. Wassalam! ;)

Alhamdulillah, Kini Tiba Pula Bulan Rejab

Image
Bulan Rejab sudah menjelang... Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum & selamat pagi semua... Alhamdulillah, dpt juga kita menghirup nafas pada hari Jumaat, 3 Jun 2011 brsamaan 1 Rejab 1432 Hijrah. Puji-pujian hanya kepada Allah s.w.t. atas segala nikmat yang telah Dia kurniakan kepada kita. Sedar x sedar, dah sampai bulan Rejab. Antara bulan2 yang mulia yang Allah sebutkan. Hari ni, ana nak share sepotong ayat al-Quran mengenai bulan Rejab yang mulia ni. Ayat Quran ni pun ana copy dari sebuah blog. Kalau nak tau lebih lanjut, pegi jela blog ni . Smoga mendapat manfaat & selamat membaca! ;) Kelebihan Bulan Rejab Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuan...

Renungan Untuk Wanita~ ^_^

Image
Wanita Solehah~ Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum semua. Diharapkan ada yang menjawab salamku ini. Sudah lama diri ini tidak membuka & update blog ana. Bukan apa, banyak hal sekolah yang ana perlu uruskan. Harap blog ini boleh dijadikan sebagai medium untuk ana berdakwah kepada semua orang walaupun hanya sekadar sedikit perkongsian...InshaAllah. Doaku hanya kepada Allah... Kali ini ana ingin 'share' sebuah artikel yang memang menarik untuk direnungkan. Dah tak tau nak tulis ape dah... jadi selamat membacalah ye~ Aku Bukan Perempuan Itu ~ Aku seorang perempuan. Perempuan yang hidup dalam arus dunia moden. Penuh tipu daya andai tersilap langkah.. MERANA.. Aku perempuan yang benci akan penyakit cintakan dunia. Aku perempuan yang mahu cinta Allah meresapi seluruh jiwa! Tenggelam dalam cinta-Nya. Sungguh mengasyikkan. Aku seorang wanita yang mahu tetap teguh pendirian. Halangilah jalanku ke arah reda-Nya, pasti akan kutempuh jua. Aku perempuan yang bukan begitu...

Tuntutlah Ilmu...

Image
Bismillahirrahmanirrahim... Assalamu3alaikum w.b.t. Sharing is caring... ana ingin share sebuah hadis Rasulullah S.A.W. yang menegaskan mengenai keutamaan menuntut ilmu. Baca & hayati lafaz serta maksud hadis di bawah ini... :) Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Musa r.a, ia berkata bahawa Nabi S.A.W. bersabda: Maksudnya: Perumpamaan petunjuk dan ilmu yang Allah utuskan kepadaku untuk mengembangkannya adalah bagaikan hujan yang jatuh ke tanah. Di antara tanah tersebut terdapat bahagian yang subur, yang mampu menyerap air dengan baik, lalu menumbuhkan pepohonan dan rerumputan yang banyak. Di antaranya ada yang keras, mampu menampung air sehingga manusia boleh mengambil air daipadanya untuk keperluan minuman, menyirami tanaman, dan untuk menyalurkan air. Dan di antaranya pula ada yang tidak mampu menampung air dan tidak mampu menumbuhkan pepohonan dan rerumputan. Demikian jugalah perumpamaan orang yang diberi pemahaman agama yang diutuskan kepadaku untuk mengembangkannya...

Smile... Its a Sunnah! :)

Image
Bismillahirrahmanirrahim... " Senyum, tak perlu kata apa-apa..." msti di kalangan antum semua pernah dengar lagu ni di radio-radio kan? Ustaz yang mengajar ana subjek Qur`an Sunnah pun selalu sgt sebut rangkap lagu 'Senyum' ni..bagi ana, lagu ni ade maksudnya yang tertentu yg ingin di sampaikan... Senyum itu sunnah Rasulullah SAW tau! Jd, kita kenalah ikut apa yang di buat oleh Nabi kita ini...ana nak share sebuah artikel tentang senyum ni dr iluvislam.com -Discover The Beauty of Islam...Insha ALLAH, there's a benefits from this article. :) Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam telah meluluhkan hati sesiapa saja dengan senyuman baginda. Baginda mampu memikat hati dengan senyuman. Baginda menumbuhkan harapan dengan senyuman. Baginda mampu menghilangkan sikap keras hati dengan senyuman. Dan baginda saw. mensunnahkan dan memerintahkan umatnya agar menghiasi diri dengan akhlak mulia ini. Bahkan baginda menjadikan senyuman sebagai lahan berlumba dalam kebaikan...

No April Fool 4 Muslim! -

Image
Bismillahirrahmanirrahim... Assalamu'alaikum semua...kali ni ana nk share sebuah artikel tentang sejarah di sebalik "april fool" yg slalu dirayakan pd 1 April ( esok la!) dgn buat kejutan/ gurauan yg mmg x disangka-sangkakan.. Artikel ni mmg menarik utk di 'share'...sbb mmg ramai org x tahu... kita sbgai umat Islam perlu tahu perkara2 sebegini kerana t'dapat penipuan yg dilakukan oleh org kristian utk melekakan seterusnya menyesatkan kita dgn budaya & propaganda sebegini...Jom bace! Sumber artikel : Maher Zain Malaysian Fan Club April Fool – Mengungkap Tragedi Penyembelihan Umat Islam Sepanyol Pada setiap tanggal 1 April, ada sahaja orang (terutama anak-anak muda) yang merayakan hari tersebut dengan membuat pelbagai kejutan atau sesuatu aneh yang di luar jangkaan. April Fools Day, demikian orang Barat menyebut hari tanggal 1 April. Namun, tahukah anda jika perayaan tersebut sesungguhnya berasal dari sejarah pembantaian tentera Salib terhadap kaum Muslim...