Posts

Showing posts from September, 2009

KELEBIHAN BERPUASA 6 HARI PADA BULAN SYAWAL

Assalamualaikum. Alhamdulillah, bertemu kembali kita di bulan yang mulia ini. Kali ini ana nak berkongsi tentang kelebihan berpuasa 6 hari pada bulan syawal ni. Insya-allah, mudah-mudahan kita semua boleh mengamalkan ibadah sunat ini. BAGI sesetengah orang, Syawal dianggap bulan berpesta dan bersuka ria dengan jamuan dan juadah, sehingga ada yang meraikannya sebulan penuh seolah-olah puasa lenyap dalam kamus hidup mereka. Tetapi hakikatnya, pada Syawal masih terdapat ibadat puasa iaitu 'puasa enam'. Cuma ia tidaklah menjadi suatu kewajipan seperti dalam bulan Ramadan. Bagaimanapun, ibadat sunat itu adalah kesinambungan kepada ibadat Ramadan. Walaupun tidak berdosa sekiranya tidak dilakukan, tetapi hakikatnya puasa sunat enam hari pada bulan Syawal adalah ibadat yang penuh bermakna, malah ia amalan generasi soleh terdahulu. Nabi Muhammad s.a.w ada menjelaskan ganjaran diperoleh mereka yang berpuasa enam hari pada Syawal melalui beberapa hadisnya. "Sesiapa berpuasa pada Rama

SELAMAT MENYAMBUT EIDULFITRI

Image
Assalamualaikum kepada semua kawan-kawan ana. Di sini ana nak ucapkan selamat hari raya eidulfitri. Nak minta maaf juga kalau ada salah dan silap dari segi zahir dan batin. Sebenarnya ana rasa sangat sedih sebab Ramadan dah nak pergi dah. Ana harap semua orang macan tu. Ana juga berharap kita semua dapat berjumpa dengan Ramadan akan datang. Siapa tahu, kita tak dapat jumpa Ramadan tahun depan sebab kita mati bila-bila masa saja. Akhir sekali, ana berharap antum semua bergembira dan berbahagia di hari kemenangan dan kesyukuran ini di samping keluarga tersayang. Eratkan silaturrahim antara kita. Wassalam...

CINTA KEPADA ALLAH S.W.T

Image
http://www.iluvislam.com/ Apakah perasaan anda pabila cinta anda ditolak..?Dan apa perasaan bila cinta anda berbalas?Tambahan yang membalas cintamu adalah Yang Maha Perkasa..Allah Rabbul jalil. Disini ku titipkan beberapa tanda anda dilamun cinta dengan yang Maha Pencipta Anda suka untuk bertemu dengan-Nya. Tak sabar untuk bertemu. Tak berjumpa sesaat seolah-olah anda jadi tak menentu. Persiapan dibuat setiapa kali sebelum bertemu-Nya. Mendahulukan-Nya lebih dari yang lain. Dia mengatasi yang lain. Segala kehendaknya anda utamakan dan yang dilarangnya anda cepat-cepat menjauhkan diri. Gembira bila bersama-Nya. Ingin sentiasa bersama walaupun di mana anda berada. Susun kata indah hendak bertemu. Ayat-ayat cinta kau luahkan pada-Nya sebagai pujian ke atasnya. Tidak sedih kehilangan segalanya kerana cintamu terhadap-Nya melebihi segalanya. Biarlah semuanya hilang dan tiada asalkan anda tak kehilangan ISLAM . Merasa nikmat melakukan ketaatan terhadap perintahn-Nya. Membela agamanya sudah

MERASAI KEMANISAN IMAN

Image
http://www.iluvislam.com/ Dalam kehidupan setiap umat telah diberikan nikmat iman oleh Allah swt. Dalam mencari kedamaian dan keharmonian hidup seharian,sebagai umat Islam kita mestilah mempunyai prinsip yang murni dan sihat. Tingkatan kenikmatan dan kemanisan iman yang dikecapi oleh seseorang bergantung kepada prinsip hidupnya iaitu kasih kepada Allah dan Rasul-Nya mengatasi segala-galanya disamping kasih kepada manusia,dengan tujuan menuntut keredhaan Allah dan benci kepada kekufuran. Sebagai manusia yang beriman,perkara kekufuran tidak seharusnya berlaku dalam kehidupan di dunia ini.Manusia yang tidak beriman akan selalu lupa kepada nikmat ciptaan Allah terhadapnya. Manusia yang tidak bersyukur akan menjadi kufur dan lupa akan tujuan mereka dihidupkan di dunia ini sebagai khalifahNya. Rasulallah saw menjelaskan dalam sabdanya yang bermaksud: ”Tiga perkara menyebabkan terasa kemanisan iman,Allah dan Rasul-nya hendaklah dicintai lebih daripada yang lain,mencintai manusia kerana Allah

RASULULLAH SAW DAN PENGEMIS BUTA

Image
KIsah tauladan yang boleh dijadikan teladan. Nak tengok yang selanjutnya di http://www.iluvislam.com/ . Banyak artikel yang menarik di sana. Di satu sudut pasar Madinah Al- Munawarah ada seorang pengemis Yahudi buta, hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya". Namun tanpa disedari pengemis Yahudi buta, setiap pagi Rasulullah saw mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah saw menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Begitulah yang dilakukan oleh baginda pada setiap hari sehinggalah ke saat kewafatannya. Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari Abu Bakar r. a berkunjung k

SEDIHNYA...

Bulan Ramadan kian meninggalkan kita. Ana bersa sangat sedih. Kalau di bulan Ramadan, ana terasa sangat gembira dalam membuat amal ibadah. Ana berharap ana dapat berjumpa dengan bulan Ramadan untuk tahun hadapan. Insya-Allah! Tetap bersedih...

SOLAT SUNAT DHUHA DAN KEISTIMEWAANYA

Image
Assalamualaikum, semua. Kali ini ana nak kongsi apa kelebihan solat sunat dhuha ni.. Sila Baca.. Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi). Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam. Cara melakukan solat Dhuha: a) Bacaan niat solat sunat Dhuha Ertinya: " sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala". b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa maksudnya; "Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dal

SOLAT DAN PENEMUAN SAINS

Image
Assalamualaikum, kali ini ana nak berkongsi tentang kelebihan solat berkaitan dengan sains..Hanya copy dari www.iluvislam.com je. Apapun selamat membaca! Sebagai umat Islam, kita diwajibkan untuk mengerjakan solat lima waktu sehari semalam.Tetapi kenapa? Dalam surah Al-Mukminun ayat 1-2 dan 9, Allah SWT manjelaskan, "Sesungguhnya telah berjayalah orang-orang yang beriman. (iaitu) mereka yang khusyuk dalam solat mereka....Dan mereka yang memelihara solat mereka" Ayat-ayat ini menjelaskan bahawa untuk berjaya umat Islam tidak boleh mengabaikan solat sama sekali terutamanya solat-solat fardhu. Solat merupakan satu ibadah yang amat penting sehinggakan ketika sedang berperang sekalipun ia tidak boleh ditinggalkan. Solat juga merupakan tiang agama. Nabi pernah bersabda "Solat itu tiang agama,sesiapa yang meninggalkannya ibarat dia meruntuhkan agama" Solat dan Penemuan Sains Kajian-kajian sains menunjukkan meditasi mendatangkan banyak kebaikan kepada manusia. Mereka y

KESAN ZIKIR TERHADAP OTAK

Image
http://www.iluvislam.com/ Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas. Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

TAMBAH AMALAN KITA DI BULAN RAMADAN INI

Image
Assalamualaikum w.b.t, kali ini ana nak kongsikan sebuah artikel menarik yang boleh kita ikuti. Ana ambil artikel ini dari www.iluvislam.com . Selamat membaca! Bagi memastikan sempurnanya puasa serta mampu memaksimakan pahala dan keuntungan dari Ramadhan, amalan yang berdasarkan nas yang kuat berikut perlu dilakukan:- 1) Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari. 2) Bersahur di akhir malam (yang terbaik adalah jaraknya dengan azan subuh selama bacaan 50 ayat al-Quran secara sederhana). Nabi SAW bersabda : " Perbezaan di antara puasa kami (umat Islam) dan puasa ahli kitab adalah makan sahur . " (Riwayat Muslim) " Bersahurlah kamu, kerana pada sahur itu ada barakahnya . " (Riwayat Bukhari dan Muslim) Baginda SAW juga menyebutkan bahawa malaikat sentiasa meminta ampun bagi orang yang bersahur. (Riwayat Ahmad) Selain makan tatkala itu adalah amat digalakkan kita untuk mendirikan Solat Sunat Tahajjud, Solat Sunat Witir dan beristifghar dan l

SALADIN@ SALAHUDDIN AL-AYYUBI

Assalamualaikum kepada semua yang sudi membaca. Salam Ramadan kepada semua. Ramadan Kareem! Semoga kita perbanyakkan lagi amal ibadah dan mengejar malam Lailatulqadar yang akan menjelma pada 10 malam terakhir nanti, Insya allah. Pada kali ini, ana ingin berkongsi kepada semua tentang tokoh pahlawan Islam yang termasyhur pada masa dahulu iaitu Salahuddin Al-Ayyubi. Ana rasa semua orang mesti kenal dengan tokoh islam ini. Mari kita baca sifat kepahlawanan yang ada pada beliau dan ana harap semua fahamla ye apa yang dikatakan kerana artikel ni berbahasa Inggeris dan diambil dari www.iluvislam.com Saladin is inspired by the life of one of Islam's most legendary figures who elicited admiration in both east and west Salah Al-Din Yusuf Ibn Ayyub , or Saladin , united the Muslim world at a time when the Muslim factions were in dissarray. Saladin's unwavering devotion to Islam has led him to set out to conquer Jerusalem , a holy city to Muslims, Christians and jews, which thus sparked