Posts

Showing posts with the label Hadis Soheh

Ramadhan...Ramadhan...^^

Image
Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum w.b.t. Ape khabar iman kita semua? semoga iman kita bertambah dari hari ke hari. Lebih2 lagi pada bulan al-Mubarak ini...InshaAllah. Alhamdulillah, kita sudah berada di hari ke2 bulan Ramadhan. Tanpa disedari, sudah lengkap 2 hari kita berpuasa. Seperti mana yg kita tau, banyak kelebihan yang Allah kurniakan dalam bulan Ramadhan kepada hamba2Nya. Ape yang penting, nawaitu kita berpuaa itu hendaklah suci & ikhlas semata2 demi Allah S.W.T. agar hasilnya dapat kita peroleh iaitu Takwa.~ > B'dasarkan hadis Rasulullah S.A.W. maksudnya: "Setiap amalan anak-anak Adam itu dilipatgandakan satu kebajikan dengan 10 hingga 700 kali ganda. Lalu Allah berfirman (yang bermaksud):"Kecuali puasa. Sesungguhnya puasa ini untukKu dan Aku akan membalasnya, dia mengekang syahwat dan makan minum hanya untukKu. Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan. Kegembiraan ketika dia berbuka dan kegembiraan ketika bertemu Allah. Dan bau busuk orang ...

Tuntutlah Ilmu...

Image
Bismillahirrahmanirrahim... Assalamu3alaikum w.b.t. Sharing is caring... ana ingin share sebuah hadis Rasulullah S.A.W. yang menegaskan mengenai keutamaan menuntut ilmu. Baca & hayati lafaz serta maksud hadis di bawah ini... :) Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Musa r.a, ia berkata bahawa Nabi S.A.W. bersabda: Maksudnya: Perumpamaan petunjuk dan ilmu yang Allah utuskan kepadaku untuk mengembangkannya adalah bagaikan hujan yang jatuh ke tanah. Di antara tanah tersebut terdapat bahagian yang subur, yang mampu menyerap air dengan baik, lalu menumbuhkan pepohonan dan rerumputan yang banyak. Di antaranya ada yang keras, mampu menampung air sehingga manusia boleh mengambil air daipadanya untuk keperluan minuman, menyirami tanaman, dan untuk menyalurkan air. Dan di antaranya pula ada yang tidak mampu menampung air dan tidak mampu menumbuhkan pepohonan dan rerumputan. Demikian jugalah perumpamaan orang yang diberi pemahaman agama yang diutuskan kepadaku untuk mengembangkannya...