Posts

Showing posts with the label Bulan2 Islam

Salam Eidulfitri 1432 Hijrah :)

Image
Assalamualaikum w.b.t. Salam eid mubarak ana ucapkan... maaf sebab dah lama x update blog...busy sebagai pelajar sekolah... maaf zahir & batin. Kullu 'amin wa antum bikhair. :)

Ramadhan...Ramadhan...^^

Image
Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum w.b.t. Ape khabar iman kita semua? semoga iman kita bertambah dari hari ke hari. Lebih2 lagi pada bulan al-Mubarak ini...InshaAllah. Alhamdulillah, kita sudah berada di hari ke2 bulan Ramadhan. Tanpa disedari, sudah lengkap 2 hari kita berpuasa. Seperti mana yg kita tau, banyak kelebihan yang Allah kurniakan dalam bulan Ramadhan kepada hamba2Nya. Ape yang penting, nawaitu kita berpuaa itu hendaklah suci & ikhlas semata2 demi Allah S.W.T. agar hasilnya dapat kita peroleh iaitu Takwa.~ > B'dasarkan hadis Rasulullah S.A.W. maksudnya: "Setiap amalan anak-anak Adam itu dilipatgandakan satu kebajikan dengan 10 hingga 700 kali ganda. Lalu Allah berfirman (yang bermaksud):"Kecuali puasa. Sesungguhnya puasa ini untukKu dan Aku akan membalasnya, dia mengekang syahwat dan makan minum hanya untukKu. Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan. Kegembiraan ketika dia berbuka dan kegembiraan ketika bertemu Allah. Dan bau busuk orang ...

Ramadhan Kian Tiba...

Image
Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah, Ramadhan yang mulia kian tiba... Ya Allah, sampaikanlah kami ke bulan yang Engkau berkati, bulan Ramadhan... Amin. :) Semoga Ramadhan tahun ni menjadi Ramadhan yg lebih baik daripada tahun2 lepas...InshaAllah.

Syaaban...Hadirmu Tidak Kusedari

Image
Bismillahirrahmanirrahim... Salamullahi `alaikum warahmatu wabarakatuh... Hello my blog readers & visitors! Alhamdulillah, dapat jugak ana update blog harini. Sedar tak sedar, kita semua dah memasuki bulan Syaaban, antara bulan2 yang mulia di sisi Allah S.W.T. Selepas Syaaban, Ramadhan! Masha Allah, sudah hampir diri kita ke bulan yang diwajibkan kita berpuasa...Alhamdulillah, semoga Allah memberi peluang kepada kita semua untuk menikmati peluang beribadah pada bulan yang melimpah ruah nikmat & ganjaran pahala di dalamnya...Amin.. Bulan Syaaban... Antara bulan2 yang mulia... di dalamnya ada terdapat nisfu syaaban. Suatu hadis yang dirawikan oleh Atha bin. Yassar: "Pada malam Nisfu Syaaban, dihapuskan oleh malaikat maut, setiap orang yang hendak meninggal dunia dari Syaaban ke Syaaban yang lain, dan seseorang menanam tanaman, menikah isteri serta membangun rumah dimana namanya telah dihapuskan sebagai orang yang mati. Tetapi malaikat maut tidak melihatnya....

Alhamdulillah, Kini Tiba Pula Bulan Rejab

Image
Bulan Rejab sudah menjelang... Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum & selamat pagi semua... Alhamdulillah, dpt juga kita menghirup nafas pada hari Jumaat, 3 Jun 2011 brsamaan 1 Rejab 1432 Hijrah. Puji-pujian hanya kepada Allah s.w.t. atas segala nikmat yang telah Dia kurniakan kepada kita. Sedar x sedar, dah sampai bulan Rejab. Antara bulan2 yang mulia yang Allah sebutkan. Hari ni, ana nak share sepotong ayat al-Quran mengenai bulan Rejab yang mulia ni. Ayat Quran ni pun ana copy dari sebuah blog. Kalau nak tau lebih lanjut, pegi jela blog ni . Smoga mendapat manfaat & selamat membaca! ;) Kelebihan Bulan Rejab Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuan...

PERISTIWA BERSEJARAH DALAM ISLAM DI SEBALIK 10 MUHARRAM

Image
Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum W.B.T. Alhamdulillah, post kali ini ana ingin kongsikan sebuah tazkirah menarik yang ana dapat dari sini Bagi ana, tazkirah ini amat menarik kerana terdapat banyak peristiwa bersejarah yang berlaku pada tanggal 10 Muharram. Selamat membaca :) Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh 10 Muharram : ~ Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'. ~Diterima taubat Nabi Adam a.s ~Dicipta Nabi Adam a.s. ~Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga. ~Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang. ~Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s. ~Selamat Nabi Ibrahim daripada api Namrud. ~Selamat Nabi Musa dan pengikutnya.Firaun lemas. ~Dilahirkan Nabi Isa a.s. ~Diangkat Nabi Isa ke langit. ~Diangkat Nabi Idris ke langit. ~Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy. ~Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar. ~Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun. ~Nabi Ya'kub dapat melihat kembali s...