Posts

Showing posts with the label Interesting books

Aku Mahu Jadi Novelis! ^_^

Image
Bismillahirrahmanirrahim... Alhamdulillah, dapat juga update blog. Lagi seminggu je nak habis cuti. Lepas tu, sibuk2 dengan aktiviti sekolah. Alalahai, cepatnya masa berlalu... Kali ni ana nak share cerita. Ana ade baca sebuah novel remaja Diari Super 3G, penulisnya Ain Maisarah & Azanil Fitri. Menarik sangat jalan cerita novel ni. Inilah novel Diari Super 3G... cover bukunya pun menarik.. kak Ain Maisarah ni memang novelis yang popular di kalangan pembaca novelnya. Banyak buku2 novel yang beliau dah hasilkan antaranya Aku Mahu Popular & mcm2 lg la yang nama bukunya ana x ingat. :D Aku Mahu Popular: antara novel bersiri yang dihasilkan oleh beliau... Semuanya best2 belaka & cover buku2 beliau semuanya menarik & comel :) Memang respect sangatlah dengan kak Ain Maisarah ni. Lagi2 kak Ain ni ada penerbitannya sendiri ( Blink Book Sdn Bhd). Inilah kak Ain Maisarah. Memang pandai bergayalah novelis ni.. :) p/s* kalau nak pergi ke blog kak Ain untuk tau pasal buku2 , klik sin...

Ana & Pesta Buku Antarabangsa...

Image
Antara buku2 yang ana sempat beli di PBAKL... Bismillahirrahmanirrahim... Assalamu'alaikum, to all my readers.. Alhamdulillah, akhirnya ana dapat juga pergi ke pesta buku antarabangsa Kuala Lumpur (pbakl) 2011... dah berape tahun ana tertunggu-tunggu nak pergi ke pesta buku ni dengan keluarga. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..! :) Disebabkan kali pertama pergi ke PWTC, ana dengan keluarga terpakse la guna google map cara jalan untuk ke PWTC...yelakan, dari Perak nak ke Kuala Lumpur, mesti ada tempat yang tak tau lg. Booth pertama yang ana pegi ialah booth Telaga Biru sdn. Bhd. Dapatla beli buku Ringkasan Riyadhus Solihin karya Imam Nawawi, harga rm50. tp dpt diskaun rm 45.. semoga kitab tu boleh bagi manfaat kpd ana, InshaAllah. Ringkasan Riyadhus Solihin karya Imam Nawawi. Antara kitab2 yang ana nak sangat beli. Booth PTS Publication & Booth Ana Muslim antara yang paling sesak... tapi mmg best... rambang mata ana tak tau nak beli buku apa di booth pts tu... terla...

NOVEL ISLAMIK : MARIA

Image
Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum w.b.t. Kali ini ana ingin berkongsi sebuah sinopsis sebuah novel yang ana sangat minati. InshaAllah, ana akan beli buku ni pada masa akan datang...selamat membaca! Harga: RM 18.00 / RM 20.00 ISBN-13: 978-967-366-96-9 Tarikh Terbit: 16 Jul 2010 Jumlah Muka Surat : 354 Kategori: Islam, Akidah , Islam Umum , Perbandingan Agama Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd Sinopsis: Maria adalah gadis Jerman bermazhab Katolik. Mengharungi liku-liku hidup sebagai anak kepada ibu yang fanatik pada mazhab itu, sedangkan ayahnya seorang ateis. Namun, kehendak Allah mengatasi segalanya. Pertemuaannya dengan pemuda Mesir membuka episod pergelutan tiga penjuru , Islam-Kristian-Ateis. Abdul Wahab, pemuda Mesir yang belajar di Jerman berjaya menarik Maria ke jalan Allah akhirnya memilih Maria sebagai calon isteri selepas kematian tunangnya, Salwa. Pada saat itu juga, Maria memutuskan hubungan kasihnya dengan pemuda Turki bernama Muhammad yang sudah hilang pegangan Isl...

NOVEL SEINDAH MAWAR BERDURI

Image
Assalamualaikum, semua. Catatan pada kali ini ana nak kongsikan sinopsis tentang Novel yang baru ana kenal..Seindah Mawar Berduri, karya Fatimah Syarha Mohd. Nordin. Ana belum membelinya lagi tetapi melalui sinopsis yang ana dapat dari kawan ana melalui Myspace, ana mengetahui apa maksud Mawar berduri yang sering ana dengar. Insya Allah ana akan membeli novel ini... SINOPSIS Khazinatul Asrar...khazanah kerahsiaan. Seorang gadis yang menyimpan rahsia kesucian hati yang takut dan cinta pada Ilahi di sebalik tabir aurat yang menghijab diri. Dia menjadi siulan ramai lelaki namun falsafah cinta yang dipegangnya menyebabkan dirinya tidak mudah untuk dimiliki. Dia tetap teguh dengan falsafahnya biarpun didatangi dugaan cinta silih berganti. Khazinatul Asrar mendapat keistimewaan itu kerana rahsia falsafah cintanya pada Ilahi. Cinta yang kudus dan suci.Kehebatan falsafah cintanya itu menyebabkan banyak kumbang yang akur tewas. Mereka tak terdaya menempuhi ranjau dan duri sep...

NUR BUAT GEMINI

Image
Nur Buat Gemini... Buku novel ini Insya Allah ana akan beli! Tengah kumpul duit untuk beli novel ini!!! Mesti Best novel ni!

NOVEL MOTIVASI REMAJA : ANDAI AKU AFFRINA

Image
Assalamualaikum..kali ini ana nak berkongsi tentang novel yang ana baru sahaja beli..iaitu `Andai Aku Affrina`..Dah habis baca pun..amat menarik..seronok...penuh dengan motivasi khas untuk remaja. Sambil-sambil tu ana nak promosi jugak novel ini..Perbanyakkanlah membaca buku ye! Membaca jambatan ilmu. Lagipun sekarang ini kan musim cuti...isilah masa lapang kita dengan membaca buku. Sinopsis: Affrina cantik, kaya, pandai dan...sangat baik. Tetapi sejak kehadiran Affrina, jiwa dan perasaan Alia tak setenang dulu. Alia benar-benar hilang punca dan tercabar! Ditakdirkan, Alia diundi bergandingan dengan Affrina dalam aktiviti `Bersama Rakan`. Affrina akan bertamu ke rumah Alia yang serba kekurangan selama dua hari dan selepas itu giliran Alia menjadi tamu di vila Affrina untuk dua hari. Selepasnya antum semua beli dan baca sendirilah ye...Itu sahaja untuk kali ini..Ilal Liqo`! Sumber: www.galeriilmu.com.my

NOVEL MOTIVASI REMAJA : DIARI ANEESA

Image
24 Oktober 2009, Ahad: Hari ini ana berasa sungguh gembira kerana ayah ana bagi ana untuk membeli sebuah buku. Cadangnya nak beli buku motivasi, tapi ana bertukar fikiran untuk membeli sebuah novel motivasi remaja. Lihat kulit novelnya pun amat menarik untuk ana membelinya. Novel ini diterbitkan oleh Galeri Ilmu Sdn.Bhd. Terdapat beberapa buah novel yang diterbikan dalam kategori novel motivasi remaja ini Sampai sini jela ana boleh taip..sinopsis novel ini ana tidak sempat nak taip. Assalamualaikum..