ADAB SEMASA MENDENGAR AZAN
Bismillahirrahmanirrahim... Marcapada, ramai umat Islam yang tidak sedar bahawa ada pelbagai perkara yang tidak boleh dilakukan semasa azan berkumandang. Silap langkah, terus jadi berdosa. Jadi, kita perlulah mengetahui adab-adab semasa azan berkumandang...Tolong ambil berat tentang hal ini kerana ia amat berkait dengan soal kita di akhirat kelak..Ana harap antum semua manfaatkan artikel di bawah yang ana copy dari laman web lain... Allahu Akbar!! Kematian itu pasti menjelma . Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati, mengapa kebanyakan orang yang nazak hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa? Lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratulmaut' Ini jelas menunjukkan kita disarankan agar mendiamkan diri dan jangan berkata apa-apa pun sewaktu azan berkumandang . Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan, banyak fadhilatnya. Jika lagu Kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri, mengapa ketika a...