CINTA KEPADA RASULULLAH S.A.W
Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum wbt..., Sempena bulan kelahiran junjungan besar kita, Nabi Muhammad sa.w, mari kita bermuhasabah diri kita; adakah iman kita sekata ataupun sentiasa penuh di dada. Antara ciri-ciri iman yang perlu kita ada ialah CINTA KEPADA RASULULLAH SA.W. Dapatkan Mesej Bergambar di Sini Artikel ini ana copy dari www.iluvislam.com walaupun hanya copy aje, ana harap antum semua dapat memahami & merenungi apa yang dikatakan di bawah ini... Mukaddimah Rasulullah S.A.W. merupakan pesuruh Allah Taala yang diutuskan kepada umat Islam dan seluruhnya. Sebagai umat Islam yang beriman maka wajiblah kita mentaati segala perintah dan suruhan yang datangnya dari junjungan besar Rasulullah S.A.W. tanpa membantahnya walaupun sedikit. Perintah mentaati rasulNya amat jelas dinyatakan di dalam nas-nas dari al-Quran ataupun al-Hadis S.A.W di antaranya: Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul ...