Renungan Untuk Wanita~ ^_^

Wanita Solehah~ Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum semua. Diharapkan ada yang menjawab salamku ini. Sudah lama diri ini tidak membuka & update blog ana. Bukan apa, banyak hal sekolah yang ana perlu uruskan. Harap blog ini boleh dijadikan sebagai medium untuk ana berdakwah kepada semua orang walaupun hanya sekadar sedikit perkongsian...InshaAllah. Doaku hanya kepada Allah... Kali ini ana ingin 'share' sebuah artikel yang memang menarik untuk direnungkan. Dah tak tau nak tulis ape dah... jadi selamat membacalah ye~ Aku Bukan Perempuan Itu ~ Aku seorang perempuan. Perempuan yang hidup dalam arus dunia moden. Penuh tipu daya andai tersilap langkah.. MERANA.. Aku perempuan yang benci akan penyakit cintakan dunia. Aku perempuan yang mahu cinta Allah meresapi seluruh jiwa! Tenggelam dalam cinta-Nya. Sungguh mengasyikkan. Aku seorang wanita yang mahu tetap teguh pendirian. Halangilah jalanku ke arah reda-Nya, pasti akan kutempuh jua. Aku perempuan yang bukan begitu...