Posts

DAH LAMA TAK LAWAT BLOG INI...

Image
Saya minta maaf sebab dah lama tak pos dalam blog ini. Maklumlah, saya sangat sibuk pada minggu ini disebabkan sekolah. Tak tahu apa yang nak diposkan... Saya nak kongsikan sebuah kata- kata hikmah yang saya ambil dari Testi.Iluvislam.com . Saya harap sesiapa yang baca, renung- renungkanlah sejenak ye....Syukran.

KELEMAHAN YANG ADA PADA SAYA...

Sudah lama saya tidak online dalam blog saye nie. Kali ini saya ingin berkongsi masalah tentang kelemahan yang ada pada saya. Memang sukar untuk saya luahkannya di sini. Suara saya nie perlahan sedikit. Kalau nak jawab soalan dalam kelas. Kalau dah jawab tu, semestinya tak didengari cikgu. Memalukan betul... Lagi la saya duduk paling belakang sekali. Memang tak dengar. Kalau macam tu, saya terpaksa la pasif sikit. Lagi satu, saya nie kurang keyakinan diri. Kalau nak cakap di depan kelas, memang terketar-ketarla... Walau bagaimanapun, saya tetap berdiri diatas diri sendiri. Lagipun, setiap manusia pasti ada kelemahannya...

6 PERKARA YANG ALLAH SEMBUNYIKAN...

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antaratimur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud."Wahai Jibrail, ka! mu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranyamereka itu mengerjakan solat dua rakaa...

29 MAC 2009

Hari ini adik saya yang ketiga ada sukan tahunan sekolah di padang majilis perbandaran. Saya berasa seronok sangat sebab saya juga bekas pelajar sekolah itu. Adik saya memasuki acara tarik tali. Memang sesuai dengan badannya yang bersisi. Acara itu adalah yang terakhir sekali. Terpaksalah tunggu juga. Adik saya rumah biru. Semasa acara tarik tali, saya memberi sokongan moral. Alhamdulillah, akhirnya dapat tempat kedua. Jadilah, daripada tak dapat apa-apa. Dengan bangganya adik saya mendapat pingat perak.(Plastik je). Rumah biru juga mendapat naib johan keseluruhan dengan pemarkahan sebanyak 101 dan juga johan untuk acara perbarisan. Sempat jugak ambil gambar adik saya..

27 MAC 2009, JUMAAT.

Hari ini pun saya bersekolah seperti biasa. Cuma semasa mata pelajaran bahasa arab, tiba-tiba seekor burung enggang datang bertenggek di atas koridor tepi luar kelas saya. Semua orang terpegun la. Jarang burung enggang datang tiba-tiba. Tapi ada jugak kawan saya yang tak sempat nak nampak burung tu sebab dia terlindung dari tingkap. Kesian betul. Semasa subjek pendidikan islam pula, ustazah tiada. Jadi kami semua buatlah kerja sendiri. Saya dan kawan saya, una ingin pergi keluar sekejap, jadi kami pun minta pas keluar dari penolong ketua kelas. Saya pegang pas keluar itu semasa keluar. Malas nak pegang, saya pun letakkannya dalam poket. Sampai balik rumah saya tak bagi pas keluar itu kepada penolong. Macammanalah boleh terlupa. Ya Allah...=D

PENGUMUMAN...

Blog ini adalah blog peribadi saya. Jadi saya pos di blog ini ibarat saya menulis catatan diari saya di sini. Harap maklum!

26 MAC 2009, KHAMIS

Hari ini tiada apa-apa yang menarik yang boleh saya catatkan di sini. Cuma tadi semasa subjek pen. sivik, guru saya mengajar tentang tajuk `Kebolehan dan Bakat Diri'. Tak sangka pula sama tajuk apa yang saya sudah pos pagi tadi. Itu sahaja untuk hari ini. Besok jumpe lagi yerk!