Posts

JANGAN MALU MENUNTUT ILMU

Image
Bismillahirrahmanirrahim...Artikel di bawah menarik untuk dibaca kepada semua. Berusahalah dalam menuntut ilmu dan biarlah kita menuntut ilmu itu dengan hati yang ikhlas. Dengan hati yang ikhlas, Allah s.w.t. pasti meredhai dan memberi pertolongan kepada hamba-Nya itu dalam mencari ilmu. وَسَ عَنْ أَبِي وَاقِدٍ اللَّيْثِيِّ : أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَيْنَمَا هُوَ جَالِسٌ فِي الْمَسْجِدِ وَالنَّاسُ مَعَهُ إِذْ أَقْبَلَ ثَلَاثَةُ نَفَرٍ فَأَقْبَلَ اثْنَانِ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَذَهَبَ وَاحِدٌ قَالَ فَوَقَفَا عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَمَّا أَحَدُهُمَا فَرَأَى فُرْجَةً فِي الْحَلْقَةِ فَجَلَسَ فِيهَا وَأَمَّا الْآخَرُ فَجَلَسَ خَلْفَهُمْ وَأَمَّا الثَّالِثُ فَأَدْبَرَ ذَاهِبًا فَلَمَّا فَرَغَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ لَّمَ قَالَ أَلَا أُخْبِرُكُمْ عَنْ النَّفَرِ الثَّلَاثَةِ؟ أَمَّا أَحَدُهُمْ فَأَوَى إِلَى اللَّهِ فَآوَاهُ اللَّهُ وَأَمَّا الْآخَرُ فَاسْتَحْيَا فَاسْتَحْي...

ASSALAMUALAIKUM...

Image
Assalamualaikum, semua. Dah lama rasanya ana tak update blog. Ana sibuk dengan pelajaran kat sekolah. Mestilah, pelajaran takkanlah dilupakan. Sekali sekala ana memang ada niat di hati tak nak pergi sekolah. Exam dah habis. Cuma nak dapatkan markah paper je. Setakat ni ok la jugak. 4A,3B. Yang lain tu tak dapat lagi. Pasal tak nak pergi sekolah pulak, ana terpaksalah jugak pergi sekolah, sebab cikgu ada sediakan program yang tertentu untuk form 2. Maklumlah, tahun depan PMR! Berdebar juga rasanya... Sekian saja coretan ana pada kali ini..Harap boleh berjumpa lagi. Assalamualaikum..!~

JANGAN DERHAKA KEPADA IBUBAPA

Image
Sama-sama kita renungkan. Hormatilah ibu bapa kita. SETIAP anak wajib berbakti kepada ibu bapa, lebih-lebih lagi bagi orang Islam yang sangat dituntut untuk berbuat baik terhadap orang tuanya. Ini sebagaimana ditegaskan pada ayat 36, daripada surah an-Nisa’ yang bermaksud: “Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada orang tua (ibu bapa).” Penegasan ini disusuli dengan sabda Rasulullah s.a.w sebagaimana dinyatakan oleh at-Tabrani, maksudnya: “Berbaktilah kamu kepada dua ibu bapa kamu agar anak-anakmu kelak akan berbakti kepadamu. Dan peliharalah dirimu daripada perzinaan agar isteri-isterimu memelihara diri nya.” Berbakti kepada ibu bapa adalah wajib kerana ia hukum Allah. Anak yang enggan berbakti kepada dua ibu bapanya dianggap anak derhaka dan perbuatan derhaka adalah dosa besar. Derhaka kepada ibu bapa termasuk dalam empat dosa besar. Keadaan ini jelas berdasarkan kata-kata nabi yang dinyatakan Bukhari: “Sebesar-besar (darip...

HADIS: 3 AMALAN YANG BERKAT

Image
Hadis :Dari Ibnu Mas’ud r.a bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w, :"Manakah amal yang lebih utama?" Beliau menjawab,:"Sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang di jalan Allah."(Bukhari) Huraian :Di dalam al-Quran dinyatakan bahawa setiap amal perbuatan atau amal ibadah walau sekecil zarah sekalipun pasti dibalas dengan pahala oleh Allah S.W.T. Bayangkan, jika kita melakukan amal perbuatan atau amal ibadah yang paling utama tentulah jumlah pahalanya luar biasa banyaknya. Maka beruntunglah orang yang dapat melakukan amalan-amalan seperti yang disebutkan di dalam hadith di atas yang sememangnya sungguh besar ganjarannya. Hal ini disebabkan setiap sesuatu kebaikan itu sesungguhnya amat susah untuk dilakukan lantaran terlalu banyak godaan dan halangan khususnya daripada syaitan laknatullah. Berbeza pula halnya dengan kejahatan yang senang sahaja berlaku kerana ini tidak dihalang bahkan dibantu khusus oleh syaitan. Oleh yang demiki...

JOM JOIN NISA`

Image
Assalamualaikum..Hari ini ana baru pertama kali hadir ke program pertama Nisa`. Ana baru sahaja mendaftar sebagai ahli Nisa`. Program pada hari ini adalah `Team Building Nisa`. Aktiviti-aktiviti yang diadakan amat menarik. Ana juga dapat mengenali sahabat-sahabat yang baru. Ana juga dapat mengenali kakak-kakak AJK Nisa`. Selain merapatkan ukhuwah antara satu sama lain, ana juga dapat tahu apa objektif Nisa` ini. Nisa` mengajar ahli-ahlinya berdakwah untuk menegakkan agama Islam. Hmm..banyak lagilah tujuan-tujuan Nisa` ini diadakan. Khas untuk muslimah solehah. Ape lagi, jomla join Nisa`!!!

NOVEL MOTIVASI REMAJA : DIARI ANEESA

Image
24 Oktober 2009, Ahad: Hari ini ana berasa sungguh gembira kerana ayah ana bagi ana untuk membeli sebuah buku. Cadangnya nak beli buku motivasi, tapi ana bertukar fikiran untuk membeli sebuah novel motivasi remaja. Lihat kulit novelnya pun amat menarik untuk ana membelinya. Novel ini diterbitkan oleh Galeri Ilmu Sdn.Bhd. Terdapat beberapa buah novel yang diterbikan dalam kategori novel motivasi remaja ini Sampai sini jela ana boleh taip..sinopsis novel ini ana tidak sempat nak taip. Assalamualaikum..

MERENUNGLAH DAN BERSYUKURLAH

Image
Bismilahirrahmanirrahim... Setiap manusia seharusnya selalu mengingati nikmat yang Allah kurniakan kepada anda. Kerana nikmatNya telah meliputi dari hujung rambut hingga ke bawah kedua telapak kaki, kesihatan badan, keamanan negara, hutan belantara, udara dan air, serta masih banyak lagi lainnya adalah nikmat yang telah diberikan Allah kepada anda. Sekiranya kalian menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya. (Ibrahim:34) Demikian besar nikmat Allah yang telah dianugerahkan kepada anda. Dunia ini, beserta apa yang ada di dalamnya telah diciptakan Allah untuk anda, tetapi anda tidak pernah menyedarinya;anda menguasai kehidupan, tetapi tidak pernah mengetahuinya. Anda telah diberi sepasang mata, satu lidah, dua bibir, dua tangan dan dua kaki. Maka nikmat Tuhan kalian yang manakah yang layak anda dustakan?(Ar-Rahman:13) Apakah anda mengira bahawa, berjalan dengan kedua kaki itu merupakan sesuatu yang biasa, padahal masih banyak manusia lai...