Posts

BBM: ADAB TERHADAP GURU

Image
Assalamualaikum w.b.t.
Entri saya pada kali ini pula mengenai ADAB TERHADAP GURU.
Hormatilah guru kita. Sejak di bangku sekolah hinggalah ketika kita menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi.Keberkatan ilmu itu ada pada mereka. Jagalah hubungan dengan guru kita. :)







Rujukan entri: http://asnilahashkar.blogspot.my/

BBM: ADAB TERHADAP KEDUA IBU BAPA

Image
Assalamualaikum W.B.T.

Entri saya kali ini adalah mengenai Adab Terhadap Ibu Bapa.




PENGERTIAN: Beradab terhadap ibu bapa bermaksud bersopan santun kepada ibu bapa dalam pertuturan, perbuatan dan tingkah laku
ADAB-ADAB KEPADA IBU BAPA:
Mendengar nasihat merekaMenolong ibu bapa nelakukan kerja rumahBercakap dengan suara yang lembutMemelihara kebajikan mereka

 HIKMAT MENGHORMATI IBU BAPA: 1. Dikasihi dan disayangi ibu bapa 2. Dimurahkan rezeki oleh Allah S.W.T 3. Mendapat keredaan Allah S.W.T di dunia dan akhirat

LARANGAN MENDERHAKA KEPADA IBU BAPA:
1. Dibalas dengan seksaan api neraka 2. Hidup tidak selamat di dunia dan di akhirat 3. Tidak mendapat keberkatan hidup 4. Semua amal ibadat tidak diterima

Kredit entri: http://serikandiislam95.blogspot.my/2015/02/adab-kepada-ibu-bapa.html

BBM: SOLAT 5 WAKTU

Image
Assalamualaikum W.B.T..

Entri ketiga saya pula ialah mengenai SOLAT 5 WAKTU.




1) Pengertian
- Dari segi bahasa solat bererti doa
- Dari segi syara' solat adalah beberapa ucapan dan perbuatan yang tertentu yang dimualai dengan takbir الله اكبر dan di akiri dengan salam السـلا م عليكم

Terdapat 5 waktu solat yang WAJIB tunaikan sebagai seorang Muslim. Di bawah merupakan lafaz niat serta maksud bagi setiap waktu solat...



1. SOLAT SUBUH (2 RAKAAT)

Maksudnya: "Sahaja aku menunaikan solat fardhu Subuh dua rakaat tunai kerana Allah ta'ala."



2. SOLAT ZUHUR (4 RAKAAT)


Maksudnya: "Sahaja aku menunaikan solat fardhu Zuhur empat rakaat tunai kerana Allah ta'ala."



3. SOLAT ASAR (4 RAKAAT)

Maksudnya: "Sahaja aku menunaikan solat fardhu Asar empat rakaat tunai kerana Allah ta'ala."



4. SOLAT MAGHRIB (3 RAKAAT)
Maksudnya: "Sahaja aku menunaikan solat fardhu Maghrib tiga rakaat tunai kerana Allah ta'ala."



5. SOLAT ISYAK (4 RAKAAT)


Maksudnya: "Sahaj…

BBM: RUKUN IMAN

Image
Assalamualaikum w.b.t.

Entri kedua saya pula mengenai BBM Rukun Iman.



RUKUN IMAN

MAKSUD RUKUN IMAN:  Perkara-perkara yang wajib dipercayai dan diyakini oleh orang Islam.

Terdapat enam perkara iaitu:
1. Beriman kepada Allah S.W.T.
2. Beriman kepada Malaikat
3. Beriman kepada kitab
4. Beriman kepada Nabi dan Rasul
5. Beriman kepada hari Kiamat
6. Beriman kepada Qada' dan Qadar

KESAN MENGHAYATI RUKUN IMAN DALAM KEHIDUPAN:
1. Taat perintah Allah dan RasulNya
2. Sentiasa syukur kepada Allah S.W.T..
3. Redha dengan setiap ketentuan Allah S.W.T.

BBM: RUKUN ISLAM

Image
Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah dapat jugak masukkan entri pertama mengenai bahan bantu mengajar (BBM) berkaitan kursus saya iaitu Pendidikan Islam. Entri ini merupakan tugasan bagi subjek MTE 3012 Kompetensi Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Entri pertama saya pada kali ini iaitu RUKUN ISLAM.





RUKUN ISLAM ada 5 perkara :
1.Mengakui dengan lidah tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah. (mengucap dua kalimah syahadah). 2. Mendiri solat lima waktu sehari semalam - Solat Subuh 2 rakaat - Solat Zuhur 4 rakaat - Solat Asar 4 rakaat - Solat Maghrib 3 rakaat - Solat Isyak 4 rakaat
3. Menunaikan zakat. 4. Berpuasa di bulan Ramadhan. 5. Mengerjakan Haji di Mekah bagi mereka yang berkemampuan.

KEMBALI SEMULA SETELAH 5 TAHUN TIDAK BER'BLOGGING'!

Image
Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Masha Allah...sudah berhabuk dan berusang blog aina ini. Kali terakhir kemaskini adalah pada tahun 2012 iaitu ketika itu saya sedang menghapi SPM. Hari ini sudah pun memasuki bulan Mei 2017, sudah 5 tahun tak update! Singkatnya waktu berlalu.

Alhamdulillah, saya sudah pun melanjutkan pelajaran pada peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam) dengan Kepujian di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Setelah 3 tahun melanjutkan pelajaran di peringkat diploma dalam jurusan Al-Quran & As-Sunnah di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) pada tahun 2013-2016. Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T. yang telah memberikan nikmat umur untuk diri ini terus menuntut ilmu hingga ke peringkat ini. Berbaki lagi 4 tahun, moga Allah permudahkan!

Doakan diri ini ya wahai pembaca blog aina. Bermulanya di UPSI ini, saya akan memfokuskan perjalanan saya sebagai bakal pendidik, sebagai bakal ustazah yang akan…

Back to blogging again~

Image
chak. dah lame x jumpe. :)
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum semua yang visit blog ini...dah lame update. 5 bulan cmtu. Alhamdulillah, terdetik kat hati ni nak buka blog balik...bersihkan sarang2 habuk yg ade kat blog ni. Ape pun tahun ni tahun yg penting bagi ana.. SPM candidate! :-/
InshaAllah, ana tetap panggil diri ini sebagai ana (saya) kat dalam blog ni... tujuan blog ni di bina pun tetap sama dengan matlamat berdakwah. InshaAllah...kongsi2 ilmu2 dengan blogger yang lain. spread the Love. ;)
Apepun, doakan blog ni terus aktif yea. Amin..InshaAllah. :D
That`s all for now. Assalamualaikum...~