Posts

Showing posts from October, 2009

JANGAN MALU MENUNTUT ILMU

Image
Bismillahirrahmanirrahim...Artikel di bawah menarik untuk dibaca kepada semua. Berusahalah dalam menuntut ilmu dan biarlah kita menuntut ilmu itu dengan hati yang ikhlas. Dengan hati yang ikhlas, Allah s.w.t. pasti meredhai dan memberi pertolongan kepada hamba-Nya itu dalam mencari ilmu.

وَسَعَنْ أَبِي وَاقِدٍ اللَّيْثِيِّ : أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَيْنَمَا هُوَ جَالِسٌ فِي الْمَسْجِدِ وَالنَّاسُ مَعَهُ إِذْ أَقْبَلَ ثَلَاثَةُ نَفَرٍ فَأَقْبَلَ اثْنَانِ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَذَهَبَ وَاحِدٌ قَالَ فَوَقَفَا عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَمَّا أَحَدُهُمَا فَرَأَى فُرْجَةً فِي الْحَلْقَةِ فَجَلَسَ فِيهَا وَأَمَّا الْآخَرُ فَجَلَسَ خَلْفَهُمْ وَأَمَّا الثَّالِثُ فَأَدْبَرَ ذَاهِبًا فَلَمَّا فَرَغَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِلَّمَ قَالَ أَلَا أُخْبِرُكُمْ عَنْ النَّفَرِ الثَّلَاثَةِ؟ أَمَّا أَحَدُهُمْ فَأَوَى إِلَى اللَّهِ فَآوَاهُ اللَّهُ وَأَمَّا الْآخَرُ فَاسْتَحْيَا فَاسْتَحْيَا…

ASSALAMUALAIKUM...

Image
Assalamualaikum, semua. Dah lama rasanya ana tak update blog. Ana sibuk dengan pelajaran kat sekolah. Mestilah, pelajaran takkanlah dilupakan. Sekali sekala ana memang ada niat di hati tak nak pergi sekolah. Exam dah habis. Cuma nak dapatkan markah paper je. Setakat ni ok la jugak. 4A,3B. Yang lain tu tak dapat lagi. Pasal tak nak pergi sekolah pulak, ana terpaksalah jugak pergi sekolah, sebab cikgu ada sediakan program yang tertentu untuk form 2. Maklumlah, tahun depan PMR! Berdebar juga rasanya...
Sekian saja coretan ana pada kali ini..Harap boleh berjumpa lagi. Assalamualaikum..!~

JANGAN DERHAKA KEPADA IBUBAPA

Image
Sama-sama kita renungkan. Hormatilah ibu bapa kita.
SETIAP anak wajib berbakti kepada ibu bapa, lebih-lebih lagi bagi orang Islam yang sangat dituntut untuk berbuat baik terhadap orang tuanya.
Ini sebagaimana ditegaskan pada ayat 36, daripada surah an-Nisa’ yang bermaksud: “Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada orang tua (ibu bapa).”
Penegasan ini disusuli dengan sabda Rasulullah s.a.w sebagaimana dinyatakan oleh at-Tabrani, maksudnya: “Berbaktilah kamu kepada dua ibu bapa kamu agar anak-anakmu kelak akan berbakti kepadamu. Dan peliharalah dirimu daripada perzinaan agar isteri-isterimu memelihara diri nya.”

Berbakti kepada ibu bapa adalah wajib kerana ia hukum Allah. Anak yang enggan berbakti kepada dua ibu bapanya dianggap anak derhaka dan perbuatan derhaka adalah dosa besar.
Derhaka kepada ibu bapa termasuk dalam empat dosa besar. Keadaan ini jelas berdasarkan kata-kata nabi yang dinyatakan Bukhari: “Sebesar-besar (daripada)…

HADIS: 3 AMALAN YANG BERKAT

Image
Hadis :Dari Ibnu Mas’ud r.a bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w, :"Manakah amal yang lebih utama?" Beliau menjawab,:"Sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang di jalan Allah."(Bukhari)
Huraian :Di dalam al-Quran dinyatakan bahawa setiap amal perbuatan atau amal ibadah walau sekecil zarah sekalipun pasti dibalas dengan pahala oleh Allah S.W.T. Bayangkan, jika kita melakukan amal perbuatan atau amal ibadah yang paling utama tentulah jumlah pahalanya luar biasa banyaknya. Maka beruntunglah orang yang dapat melakukan amalan-amalan seperti yang disebutkan di dalam hadith di atas yang sememangnya sungguh besar ganjarannya. Hal ini disebabkan setiap sesuatu kebaikan itu sesungguhnya amat susah untuk dilakukan lantaran terlalu banyak godaan dan halangan khususnya daripada syaitan laknatullah. Berbeza pula halnya dengan kejahatan yang senang sahaja berlaku kerana ini tidak dihalang bahkan dibantu khusus oleh syaitan. Oleh yang demiki…

JOM JOIN NISA`

Image
Assalamualaikum..Hari ini ana baru pertama kali hadir ke program pertama Nisa`. Ana baru sahaja mendaftar sebagai ahli Nisa`. Program pada hari ini adalah `Team Building Nisa`.
Aktiviti-aktiviti yang diadakan amat menarik. Ana juga dapat mengenali sahabat-sahabat yang baru. Ana juga dapat mengenali kakak-kakak AJK Nisa`. Selain merapatkan ukhuwah antara satu sama lain, ana juga dapat tahu apa objektif Nisa` ini.

Nisa` mengajar ahli-ahlinya berdakwah untuk menegakkan agama Islam. Hmm..banyak lagilah tujuan-tujuan Nisa` ini diadakan. Khas untuk muslimah solehah. Ape lagi, jomla join Nisa`!!!

NOVEL MOTIVASI REMAJA : DIARI ANEESA

Image
24 Oktober 2009, Ahad: Hari ini ana berasa sungguh gembira kerana ayah ana bagi ana untuk membeli sebuah buku. Cadangnya nak beli buku motivasi, tapi ana bertukar fikiran untuk membeli sebuah novel motivasi remaja. Lihat kulit novelnya pun amat menarik untuk ana membelinya. Novel ini diterbitkan oleh Galeri Ilmu Sdn.Bhd. Terdapat beberapa buah novel yang diterbikan dalam kategori novel motivasi remaja ini


Sampai sini jela ana boleh taip..sinopsis novel ini ana tidak sempat nak taip. Assalamualaikum..

MERENUNGLAH DAN BERSYUKURLAH

Image
Bismilahirrahmanirrahim...

Setiap manusia seharusnya selalu mengingati nikmat yang Allah kurniakan kepada anda. Kerana nikmatNya telah meliputi dari hujung rambut hingga ke bawah kedua telapak kaki, kesihatan badan, keamanan negara, hutan belantara, udara dan air, serta masih banyak lagi lainnya adalah nikmat yang telah diberikan Allah kepada anda.

Sekiranya kalian menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya. (Ibrahim:34)
Demikian besar nikmat Allah yang telah dianugerahkan kepada anda. Dunia ini, beserta apa yang ada di dalamnya telah diciptakan Allah untuk anda, tetapi anda tidak pernah menyedarinya;anda menguasai kehidupan, tetapi tidak pernah mengetahuinya.

Anda telah diberi sepasang mata, satu lidah, dua bibir, dua tangan dan dua kaki.

Maka nikmat Tuhan kalian yang manakah yang layak anda dustakan?(Ar-Rahman:13)
Apakah anda mengira bahawa, berjalan dengan kedua kaki itu merupakan sesuatu yang biasa, padahal masih banyak manusia lain yang tiada mem…

CARA HIDUP MUSLIMAH SOLEHAH

Image
Assalamualaikum, antum semua. Kepada semua muslimah, wajib baca artikel di bawah ni...
TIDAK MEMAKAI PAKAIAN YANG NIPIS
1.Muslimah solehah itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.
TIDAK MEMAKAI RANTAI BERLOCENG
2. Muslimah solehah memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An-Nur.
TIDAK MEMAKAI WANGIAN SEMERBAK
3.Muslimah solehah memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi…

FADHILAT KEBAIKAN DAN KEISTIMEWAAN SOLAT MALAM

Ape ye istimewanya solat malam ni ye? Jom baca artikel bawah ini. Insya-allah, boleh dijadikan manfaat kepada semua... Solat malam atau Solat Tahajud adalah satu peluang keemasan ditawarkan kepada manusia untuk mengeratkan perhubungan kita dengan Allah.
Kesusahan hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, tetapi bagi mereka yang biasa, ia menjadi satu kenikmatan pula. Malah, bagi yang dapat menghayatinya mereka akan berasa kerugian besar jika tertinggal daripada mengerjakan solat berkenaan. Pada sepertiga malam pintu langit terbuka luas menerima taubat hamba-Nya. Malaikat membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti untuk membakar tubuh manusia di akhirat nanti.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan akan membangunkan isterinya manakala kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Allah s.w.t sayangkan perempuan yang bangun malam kem…

SUNNAH MINUM AIR ZAM ZAM SAMBIL BERDIRI

Image
Ikuti sambungan artikel tentang air zam zam.. Ini pula ana ambil dari www.iluvislam.com
Kebetulan salah seorang guru yang baru menunaikan haji telah membawa juadah dari tanah suci serta satu bekas air zamzam. Antara guru yang meminumnya menyatakan bahawa minum air zamzam sunat diminum sambil berdiri. Ada hadis sahih katanya. Saya pernah dengar perkataan ini dilafazkan tahun lepas oleh seorang penceramah motivasi yang popular di sekolah-sekolah di Kelantan. Adakah benar Islam menganjurkan sedemikian?
Ini berpunca hadis sahih riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim: Bahawa Ibn Abbas berkata aku menghidangkan air zamzam kepada Rasulullah saw. Maka baginda minum dalam keadaan berdiri. Bila dilihat perbahasan ulama berkaitan hadis ini, tiada seorang pun yang mengatakan sunnah minum air zamzam dalam keadaan berdiri. Namun diingatkan bahawa terdapat hadis yang bermaksud bahawa Rasulullah saw bersabda : Janganlah seseorang kamu minum dalam keadaan berdiri. Jika sesiapa terlupa, maka hendaklah dia m…

KELEBIHAN AIR ZAM ZAM

Image
Bismillahirrahmanirrahim....Assalamualaikum, semua. Antum semua tahu tak air apa yang terbaik di dunia ini? Mestilah tahukan? Air zam zam la.. Bawah ini adalah artikel berkenaan kelebihan air zam zam ini. Semoga kita semua memperoleh manfaat darinya, insya-allah.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda :

Ertinya: Air Zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki." (Diriwayatkan dari Jabir, lbnu Abbas, lbnu Umar dan Muawiyah)

Ahli-ahli ilmu telah meluaskan huraian mereka mengenai dengan hadis di atas. Al-Munawa Rahimahullah Ta'ala telah berkata: "Air Zam zam ialah penghulu segala air, paling mulia, paling berharga dan paling disukai. Allah Ta'ala telah memberi minum dan menolong putera kekasihnya, Nabi Ismail bin Nabi Ibrahim Alaihissalam dengan air Zamzam. Maka begitulah pertolongan yang seperti itu juga boleh diperolehi oleh orang-orang yang selepas baginda, iaitu bagi sesiapa sahaja yang meminumnya dengan niat ikhlas, termasuk juga kita. Rama…

UNTUKMU MUSLIMAH

Selamat membaca..Khas untuk kaum hawa. renung-renungkanlah... Ibnu Umar radhiallahu anhumma telah melaporkan bahawa Nabi saw pernah bersabda,”Wahai kaum wanita! Kamu(teristimewanya) bayarlah sedekah dan banyak bertaubat, kerana daku melihat kebanyakan penghuni neraka adalah wanita.”
Salah seorang daripada pendengar berkata, “Wahai Rasulullah! Apakah kesalahan kami yang kebanyakan daripada kami akan memasuki neraka?” Nabi saw. menjawab,”Kami paling kerap mempunyai tabiat melaknat(semasa perbualan) dan kamu lebih tidak bersyukur kepada suami kamu. Daku tidak melihat seseorang yang kekurangan dalam ketakwaan dan hikmah seperti kamu tetapi menguasai seorang yang berhikmah.”
(Bukhari, Muslim, Tarjumanus Sunnah) Hazrat Ibnu Mas’ud telah memberitakan bahawa nabi bersabda,”seseorang wanita patut ditutupi kerana apabila dia keluar, syaitan akan memandangnya,”(Tirmizi) Begitu juga, maka perlulah wanita menjaga suara supaya tidak didengari oleh orang luar. Adalah juga penting, lelaki menghindari d…

TANDA-TANDA KECIL KIAMAT

Image
Semoga antum semua merenung sejenak artikel ini. Bahawa hidup kita ini hanyalah sementara. Tiada siapapun yang akan hidup di dunia selama-lamanya. Unutk mendapat kesejahteraan di akhirat, perbanyakkanlah amal ibadat...

1) Penaklukan Baitulmuqaddis. Daripada Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat."Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari
2) Zina bermaharajalela. "Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim
3) Bermaharajalela alat muzik. "Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wani…

KETABAHAN SUMAYYAH

Image
www.iluvislam.com

Assalamualaikum, antum semua. Marilah kita sama-sama merenung ketabahan & keteguhan seorang wanita pertama yang memeluk Islam...Harap boleh dijadikan contoh dan tauladan.
SUMAYYAH BINTI KHAYYAT adalah hamba daripada kaum makhzum. Dia dikahwinkan dengan Yassir oleh majikannya. Mereka dikurniakan dua orang anak lelaki. Pada peringkat awal penyebaran Islam di Mekah, Sumayyah dan suaminya Yasir sudah tua. Kedua-dua anak teruna semakin dewasa. Anak lelaki sumayyah iaitu Ammar sedang meneliti aliran agama islam yang mulah tersebar di bandar mekah secara rahsia. Ammar mendapat tahu agama islam dibawa dan diseru orang seorang lelaki yang bernama Muhammad bin Abdullah. Ammar menyiasat dan menjejaki pengikut-pengikut muhammad dengan berhati-hati, bimbang diketahui oleh orang-orang quraisy yang menjadi musuh utama muhammad. Akhirnya, Ammar tiba di rumah yang menjadi tempat berkumpul muhammad dan orang-orang yang beriman.
Apabila tiba di kawasan rumah itu Ammar terserempak den…

SERONOKNYA...

Image
Assalamualaikum, antum semua. Ana dah lama tak update blog sebab peperiksaan akhir tahun yang sudah pun berlalu. Susah tu susahlah jugak. Tapi alhamdulillah, lepas jugak dari imtihan yang terakhir untuk tahun 2009 ini. Tahun depan ana akan menduduki PMR pulak. Insya-allah.
Surprise! Templat blog ana dah pun ditukar..dari yang sederhana kepada yang menarik. Memang susah juga nak menukarnya. Yela, isi-isi layout semuanya hilang. Nasib baiklah boleh simpan kod-kod tu dalam notepad. Alhamdulillah!
Akhir kalam, rajin-rajinlah visit blog ana. Dan pesan ana, untuk mengembara ke alam akhirat, carilah bekalan-bekalan sebanyak mungkin di dunia ini untuk mendapat kebaikan di sana...Salaam...

SAIDINA MUAWIYAH: KHALIFAH YANG TERANIAYA

www.iluvislam.com Rata-rata umat Islam di zaman mutakhir ini menganggap Saiyyidina Muawiyah r.a sbg pengasas monarki dalam Islam, seorang yang zalim, pemutar belit, pemberontak, ahli politik yang licik dan lain-lain. Tidak ada keburukan yang tidak dihubungkan kepadanya dan tidak ada pula sebagai penulis wahyu daripada ALLAH, seorang yang dikhususkan oleh Nabi saw dengan doa-doanya yang istimewa, tidak pernah dilucutkan jawatan gabenor yang disandang selama 20 tahun dan kemudian sebagai khalifah pula selama 20 tahun. Soalnya siapakah yang memimpin armada pertama dalam sejarah Islam menentang tentera-tentera Rom? Siapakah pula yang telah menakluk Cyprus, Sicily, Rhodesia, Sudan, Qairawan dan Sind? Siapakah yang menyatupadukan kembali umat di bawah satu panji-panji dalam melancarkan jihad yang terhenti sekian lama berikutan perpecahan dan peperangan saudara yang berlaku di zaman pemerintahan Saiyidina Ali? Dimanakah Muawiyah yang diakui Rasulullah saw, para sahabat dan tabi’en sebagai seo…

TANDA-TANDA AR-RAHMAN DALAM PERANG DI GAZA

Image
Assalamualaikum, Berikut adalah tulisan Dr Abdul Rahman Ahmad Jamal, salah seorang pemimpin Hamas berkenaan perang di Gaza. Bukanlah secara kebetulan bahawa peperangan yang dihadapi oleh rakyat Palestin di Gaza dengan penuh keteguhan dan kesabaran disebut dengan perang “Al-Furqan” atau perang pembeza.
Penamaan ini sudah menjadi takdir Allah swt. Ia adalah sambungan dari perang Badar yang dinamakan oleh Allah yang Maha Kuasa pada Hari Al-Furqan di mana bertemunya dua kelompok. Dalam peperangan Badar, tanda2 Allah sangat jelas terlihat dengan pertolongan-Nya kepada orang yang beriman dimana mempunyai jumlah yang sedikit. Bahkan Allah jualah yang mentadbir dan mengatur peperangan itu dengan mengerahkan para malaikat untuk berperang bersama orang-orang yang beriman. Malaikat memberikan rasa mengantuk kepada orang mukmin untuk keamanan dan ketenangan bagi mereka, menurunkan air dari langit untuk membersihkan orang-orang yang beriman dari kotoran syaitan dan mengikat hati-hati mereka dan men…

TARANNUM

Pengenalan TarannumTarannum (lagu) adalah suatu ilmu atau satu kaedah suara yang dipelbagaikan bunyi mengikut proses nada, rentak dan irama yang tertentu untuk menambahkan keelokan seni bunyi sesuatu bacaan terutamanya bacaan Al-Quran.
Tujuan mengalunkan seni suara adalah untuk memberi kefahaman kepada para pembaca dan pendengar tentang kecantikan dan keindahan kalimah Allah serta boleh menghayati uslub-uslub Al-Quran sehingga dapat memahami maksud pada akal, hati, ruh serta dapat beramal dengannya.


Ciri-Ciri Tarannum Al-Quran Yang Mu’tabar
Cirri-cirinya ialah ;
1. Nada (tingkatan atau tekanan bunyi suara)
2. Rentak (pergerakan menghidupkan bunyi suara)
3. Irama (alunan atau bentuk bunyi)
Tegasnya sesuatu bunyi tanpa mengandungi ciri-ciri tersebut maka ianya tidak dikatakan tarannum


Sejarah UmumMengikut ahli sejarah tarannum (muzik) bahawa asal-usul tarannum diilhamkan dari unsur-unsur berikut ;
1. Bunyi-bunyian geseran kayu.
2. Bunyi-bunyian tiupan angin.
3. Bunyi-bunyian kicauan burung.
4. Buny…

ABU HANZALAH BIN AR BAIE

Image
Salah seorang sahabat serta jurutulis Rasulullah S.A.W yang terkenal ialah Abu Hanzalah bin Ar Rabie. Ketika peperangan Uhud meletus beliau baru saja dinikahkan. Oleh kerana itu Rasulullah mengecualikan beliau dari turut serta ke medan peperangan. Inilah cara Rasulullah untuk merayakan kebahagiaan sahabat baginda.



Namun ketika Hanzalah terjaga dari tidurnya, beliau mendengar gendang perang dibunyikan begitu kuat sekali. Melalui seorang sahabatnya beliau mendapat berita bahwa tentera Islam mendapat tantangan yang hebat. dan dalam keadaan terlalu genting. Tanpa membuang waktu lagi Hanzalah lalu memakai pakaian perang lalu mengambil pedang. Dia menuju ke medan tempur tanpa sempat mandi junub.
Maka terjadilah pertempuran hebat sehingga banyak dari pihak Islam yang gugur syahid. Pihak musuh telah menyerang dari belakang. Akhirnya Hanzalah turut menjadi korban dalam keadaan sedang junub. maka Rasulullah SAW pun melihat mayat Hanzalah dimandikan oleh para malaikat seperti mana tercantum dalam…

EXAM AKHIR TAHUN NAK DEKAT DAH!

Image
Salam... Ana rasa takut dan gementar sangat sebab exam nak dekat. Yela, semua bab masuk dalam setiap matapelajaran. Exam mula minggu hadapan. Ana harap ana dapat melakukannya yang terbaik. Insya-allah, ana nak dapat 7A ke atas..



Selain mendapat kejayaan yang cemerlang, guru penyelia petang sekolah ana bagi motivasi bagi pelajar. "Sape yang dapat 7A ke atas, nanti cikgu belanja korang sume makan kat mana sahaja korang nak pegi.."kata cikgu. Kan bagus camtu..Lagipun, apa salahnye kalau rebut peluang yang menuju untuk mendapat kejayaan..Betul tak??

Akhir kalam, antum semua doakanlah ya untuk peperiksaan akhir tahun yang akan ana hadapi ni ye..assalamualaikum.