Posts

Showing posts from May, 2010

PESONA MAYAPADA

Image
Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum wbt. Sedang ana leka melayari laman web iluvislam , ana terbaca artikel yang terbaru disiarkan di laman web tersebut. Tertarik ana membacanya. Oleh itu, ana ingin kongsikan artikel tersebut kepada semua. Selamat membaca & ambil manfaat daripada artikel ini.... Allah swt menjadikan dunia ini begitu indah pada pandangan mata serta menggerakkan keinginan hawa nafsu terhadapnya. Diingini, dirindui dah diidamkan. Dunia boleh melalaikan, mempesona dan menggoda. Rasulullah saw telah bersabda: “Sesungguhnya dunia adalah manis menghijau; Senang hati melihatnya;.Bahawasanya Allah memilih kamu untuk menguasainya, maka Dia sentiasa memilih kamu untuk menguasainya, maka Dia sentiasa memerhatikan apa yang kamu lakukan.” (Riwayat Muslim). Dengan keadaan demikian Allah swt mahu manusia mengurus dan mentadbir dunia dengan adil dan jujur. Tanpa khianat dan kepentingan apa-apa selain kerana Allah semata-mata.Ini kerana Allah mahu menguji manusia. Siapa ya

KAU RATU HATIKU...

Image
Bismillahirrahmnrrahim...khas untuk semua ibu di luar sana, tak lupa juga kepada ibu ana sendiri...Jasa & pengorbananmu amat berharga & terlalu banyak...terima kasih ibu untuk segala-galanya... Ibu Kau umpama cahaya yang menerangi hidupku kau curahkan kasih sayang tanpa mengira waktu.. kasihmu tidak ternilai... kasihmu ibu tidak boleh di jual beli... Ibu Kau mendewasakan ku dari kecil hingga dewasa sakit ku, susah ku kau peduli Kau pendengar setia bila ku mengadu Kau memberi tanpa rasa jemu Ibu Setiap belayanmu membuat ku terharu Pengorbananmu akan ku kenang Kasih sayangmu tiada tolok bandingnya Kerna kaulah IBU ku... RATU HATIKU...

ALHAMDULILLAH, DAPAT AWARD LAGI..!

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum, semua. Kali ini ana nak kongsikan kepada semua award yang ana terima dari seorang blogger yang pemurah, Fateen Rafhan Nadia...Syukran kathiiran..! Alhamdulillah, ini kali kedua ana dapat blog award. Sebelum nak dapatkan award tu, ade syarat & termanya... 1. Buat entry tentang award ni ( Finished) 2. Copy badge Beatiful Blogger Award ni (Finished) 3. Ucapkan syukran jazilan kepada pemberi blogger award ini...(dapat dari Fateen Rafhan Nadia...syukran!) 4. Senaraikan 15 penerima blogger award yang lain...(alhamdulillah, dah cari pun...) 1. Haruman Mawar 2. Srikandi Syauqah 3. Muslimah Hatiku 4. Asiah Yusro 5. Aufa itu Zinnirah 6. Yufaheema Firdaus 7. Puitis Cinta 8. Syahirah Mohd Salleh 9. Deena Farhana 10. Wardah 11. Wardah Mujahidah 12. Misteeha the babling girl 13. Miss Saxoni 14. Warkah Wanita 15. Mencari Redhatullah Harap antunna semua sudi terima blog award dari ana...Sekian, that`s all for now...Wassalam...

LUPA KEPADA ALLAH SWT

Image
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum wbt...Segala puji bagi Allah yang telah memberikan kita nikmat hidup di muka bumiNya...Alhamdulillah... Berbekalkan sumber dari Buku Penenang Jiwa (Mukashafah Al Qulub),karya Imam Al Ghazali, dapatla ana mencoret sedikit artikel kali ini. Moga bermanfaat kepada semua, InsyaAllah~ LUPA KEPADA ALLAH SWT Lupa kepada Allah akan menambah kerugian, menghilangkan nikmat dan mengalangi pengabdian. Bahkan, di samping itu, dapat pula menambah kedengkian dan penyesalan. Diceritakan bahawa sebahagian orang soleh bermimpi berjumpa dengan gurunya. Kemudian dia bertanya kepada guru itu, 'Apakah kerugain yang lebih besar engkau rasakan?" Gurunya menjawab, " LUPA KEPADA ALLAH SWT" . Dirawikan pula sebahagian mereka bermimpi bertemu Zun-Nun Al Masri. Kemudian dia bertanya, "Apakah yang Allah lakukan terhadapmu?" Zun-Nun menjawab, " Allah memanggilku menghadapNya seraya berkata."Wahai orang yang mengaku-ngaku, wahai pendusta,