LUPA KEPADA ALLAH SWT


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt...Segala puji bagi Allah yang telah memberikan kita nikmat hidup di muka bumiNya...Alhamdulillah...

Berbekalkan sumber dari Buku Penenang Jiwa (Mukashafah Al Qulub),karya Imam Al Ghazali, dapatla ana mencoret sedikit artikel kali ini. Moga bermanfaat kepada semua, InsyaAllah~

LUPA KEPADA ALLAH SWT

Lupa kepada Allah akan menambah kerugian, menghilangkan nikmat dan mengalangi pengabdian. Bahkan, di samping itu, dapat pula menambah kedengkian dan penyesalan.

Diceritakan bahawa sebahagian orang soleh bermimpi berjumpa dengan gurunya. Kemudian dia bertanya kepada guru itu, 'Apakah kerugain yang lebih besar engkau rasakan?" Gurunya menjawab, " LUPA KEPADA ALLAH SWT" .
Dirawikan pula sebahagian mereka bermimpi bertemu Zun-Nun Al Masri. Kemudian dia bertanya, "Apakah yang Allah lakukan terhadapmu?" Zun-Nun menjawab, " Allah memanggilku menghadapNya seraya berkata."Wahai orang yang mengaku-ngaku, wahai pendusta, engkau mengaku padaKu. Namun kemudian engkau melupakanKu."

Engkau selalu lupa
Sedang hatimu tetap lalai
Padamu umur kain tiada
Namun dosamu semakin bertambah.

Hendaklah orang yang berakal taat kepada Allah dengan takut & ikhlas. Redha terhadap keputusanNya. Sabar atas nikmat Nya serta menerima atas pemberiannya.
Allah SWT berkata, "Barangsiapa tidak redha dengan keputusanKu, tidak sabar atas pemberianKu, tidak syukur atas nikmat Ku, serta tidak menerima atas pemberianKu, hendaklah dia mencari Tuhan selain Aku."

Seorang lelaki berkata kepada Hasan al-Basri ra, "Aku tidak menemukan kelazatan dalam taat." Lalu Hasan berkata kepadanya, "Barangkali engkau memandang dalam wajah orang yang tidak takut kepada Allah. Ibadah bererti engkau meninggalkan segala sesuatu kepada Allah."

Sayugianya bagi orang yang berakal hendaklah dia meninggalkan dunia, meyembah kepada Allah, memikirkan apa yang akan dihadapinya, serta menghendaki akhirat. Sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Allah:
"Barangsiapa menghendaki tanaman(pahala) Akhirat, Kami tambahi pahalanya itu & siapa menghendaki tanaman (pahala) dunia, Kami berikan kepadanya & tiada akan bahagianya di akhirat." (Q.S.Asy Syura: 20)

Oleh kerana itu Abu Bakar ra mendermakan 40 000 ribu dinar secara sembunyi kepada Nabi SAW, serta 40 000 dinar secara yerang-terangan . Sehingga dia tidak mempunyai apa-apa lagi. Dan sesungguhnya Rasulullah SAW berserta keluarganya adalah orang yang berpaling dari dunia, keindahan dan kelazatannya.

Comments

Popular posts from this blog

BBM: ADAB TERHADAP GURU

BBM: SOLAT 5 WAKTU

BBM: RUKUN ISLAM