Posts

Showing posts from May, 2011

Renungan Untuk Wanita~ ^_^

Image
Wanita Solehah~ Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum semua. Diharapkan ada yang menjawab salamku ini. Sudah lama diri ini tidak membuka & update blog ana. Bukan apa, banyak hal sekolah yang ana perlu uruskan. Harap blog ini boleh dijadikan sebagai medium untuk ana berdakwah kepada semua orang walaupun hanya sekadar sedikit perkongsian...InshaAllah. Doaku hanya kepada Allah... Kali ini ana ingin 'share' sebuah artikel yang memang menarik untuk direnungkan. Dah tak tau nak tulis ape dah... jadi selamat membacalah ye~ Aku Bukan Perempuan Itu ~ Aku seorang perempuan. Perempuan yang hidup dalam arus dunia moden. Penuh tipu daya andai tersilap langkah.. MERANA.. Aku perempuan yang benci akan penyakit cintakan dunia. Aku perempuan yang mahu cinta Allah meresapi seluruh jiwa! Tenggelam dalam cinta-Nya. Sungguh mengasyikkan. Aku seorang wanita yang mahu tetap teguh pendirian. Halangilah jalanku ke arah reda-Nya, pasti akan kutempuh jua. Aku perempuan yang bukan begitu

Orang Yang Beriman...

Image
Bismillahirrahmanirrahim... Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. (Surah Al-Anfal 8: Ayat 2) Orang yang beriman akan sentiasa bersama orang yang benar-benar mentaati Allah. Mereka tidak akan suka untuk bersama dengan golongan yang menderhakai Allah, apatah lagi yang merendah-rendahkan agama. Firman Allah SWT: "Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah, dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar". (Surah at-Taubah: 119) sumber: www.iluvislam.com

Tuntutlah Ilmu...

Image
Bismillahirrahmanirrahim... Assalamu3alaikum w.b.t. Sharing is caring... ana ingin share sebuah hadis Rasulullah S.A.W. yang menegaskan mengenai keutamaan menuntut ilmu. Baca & hayati lafaz serta maksud hadis di bawah ini... :) Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Musa r.a, ia berkata bahawa Nabi S.A.W. bersabda: Maksudnya: Perumpamaan petunjuk dan ilmu yang Allah utuskan kepadaku untuk mengembangkannya adalah bagaikan hujan yang jatuh ke tanah. Di antara tanah tersebut terdapat bahagian yang subur, yang mampu menyerap air dengan baik, lalu menumbuhkan pepohonan dan rerumputan yang banyak. Di antaranya ada yang keras, mampu menampung air sehingga manusia boleh mengambil air daipadanya untuk keperluan minuman, menyirami tanaman, dan untuk menyalurkan air. Dan di antaranya pula ada yang tidak mampu menampung air dan tidak mampu menumbuhkan pepohonan dan rerumputan. Demikian jugalah perumpamaan orang yang diberi pemahaman agama yang diutuskan kepadaku untuk mengembangkannya