Posts

Showing posts from November, 2009

NUR BUAT GEMINI

Image
Nur Buat Gemini... Buku novel ini Insya Allah ana akan beli! Tengah kumpul duit untuk beli novel ini!!! Mesti Best novel ni!

NOVEL MOTIVASI REMAJA : ANDAI AKU AFFRINA

Image
Assalamualaikum..kali ini ana nak berkongsi tentang novel yang ana baru sahaja beli..iaitu `Andai Aku Affrina`..Dah habis baca pun..amat menarik..seronok...penuh dengan motivasi khas untuk remaja. Sambil-sambil tu ana nak promosi jugak novel ini..Perbanyakkanlah membaca buku ye! Membaca jambatan ilmu. Lagipun sekarang ini kan musim cuti...isilah masa lapang kita dengan membaca buku. Sinopsis: Affrina cantik, kaya, pandai dan...sangat baik. Tetapi sejak kehadiran Affrina, jiwa dan perasaan Alia tak setenang dulu. Alia benar-benar hilang punca dan tercabar! Ditakdirkan, Alia diundi bergandingan dengan Affrina dalam aktiviti `Bersama Rakan`. Affrina akan bertamu ke rumah Alia yang serba kekurangan selama dua hari dan selepas itu giliran Alia menjadi tamu di vila Affrina untuk dua hari. Selepasnya antum semua beli dan baca sendirilah ye...Itu sahaja untuk kali ini..Ilal Liqo`! Sumber: www.galeriilmu.com.my

TIADA CINTA TANPA PENGORBANAN

Image
Bismilllahirrahmanirrahim...Artikel yang ana copy dari http://www.iluvislam.com/ khas sempena Eiduladha...Baca dan renungkan... 'Daripada Zaid bin Arqam, dia berkata: Suatu hari sahabat Rasulullah s.a.w. bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah yang ada pada korban itu?'' Jawab Rasulullah: "Ia adalah sunah bapa kamu, Ibrahim.'' Mereka berkata: "Apa yang akan kami peroleh daripadanya wahai Rasulullah?'' Rasulullah menjawab: "Bagi setiap helai rambut ada kebajikannya.'' Mereka berkata: "Bagaimana pula dengan bulunya wahai Rasulullah?'' Rasulullah s.a.w. menjawab: "Bagi setiap helai bulu ada kebajikannya.'' (Riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmizi)' Bulan Zulhijjah merupakan bulan yang tersimpan pelbagai pengajaran bagi seluruh umat Islam selain daripada bulan yang dijanjikan pelbagai nikmat dari sisiNya. Maka tidak dapat lagi kita lari dari berbicara mengenai peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail

SALAM EIDULADHA...

Image
Assalamualaikum...dalam kesempatan ini, ana nak mengucapkan salam Eiduladha kepada antum semua...Tak tau nak cakap ape lagi dah..Ilal Liqo`!

KEUTAMAAN 10 HARI PERTAMA BULAN ZULHIJJAH DAN AMALAN YANG DISYARIATKAN

Image
Bismillahirrahmanirrahim... Segala puji bagi Allah semata, shalawat dan salam semoga tercurah kepada Rasulullah, Nabi kita Muhammad, kepada keluarga dan segenap sahabatnya. Diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Rahimahullah, dari Ibnu 'Abbas Radhiyallahu 'Anhuma bahwa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda : "Artinya : Tidak ada hari dimana amal shalih pada saat itu lebih dicintai oleh Allah daripada hari-hari ini, yaitu : Sepuluh hari dari bulan Dzulhijjah. Mereka bertanya : Ya Rasulullah, tidak juga jihad fisabilillah ?. Beliau menjawab : Tidak juga jihad fisabilillah, kecuali orang yang keluar (berjihad) dengan jiwa dan hartanya, kemudian tidak kembali dengan sesuatu apapun". Imam Ahmad, Rahimahullah, meriwayatkan dari Umar Radhiyallahu 'Anhuma, bahwa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda : "Artinya : Tidak ada hari yang paling agung dan amat dicintai Allah untuk berbuat kebajikan di dalamnya daripada sepuluh hari (Dzulhijjah) ini. Maka perbanya

ZINNIRAH: PENYERI DI FIRDAUSI

Image
Bismillahirrahmanirrahim... Kesabaran seseorang muslim dalam mempertahankan aqidah Islam ketika menghadapi suasana penindasan yang hebat merupakan contoh kesabaran yang agung. Pegangan aqidah yang bertunjangkan tauhid kepada Allah menjadi harta yang tiada ternilai bagi setiap muslim. Ia adalah cahaya yang menyinari hidup insan dan penyelamat dalam mengharungi sengsara kacau-bilau pada hari pembalasan. Perkembangan dakwah Rasulullah S.A.W pada peringkat awal banyak dibantu oleh kesabaran kaum muslimin dan muslimat dalam mempertahankan pegangan aqidah mereka. Sikap inilah yang membuahkan hasil yang amat berharga dalam sejarah perkembangan Islam hinggalah ke hari ini. Islam masih kekal dan terus mekar dalam jiwa setiap umat Islam. Kisah seorang muslimat sejati bernama Zinnirah adalah antara contoh terunggul pengorbanan seorang muslimah demi mempertahankan aqidah yang telah meresap ke dalam lubuk hatinya. Beliau dipilih oleh Allah untuk menerima ujian yang cukup getir. Beliau

SIFAT YANG PERLU ADA DALAM SETIAP PENDAKWAH

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Artikel ini amat berguna& bermanfaat kepada semua orang terutamanya kepada seorang yang bergelar pendakwah. Ana harap ana boleh menjadi sebahgian daripadanya. Selamat membaca& renungkan... Dakwah Islamiah pada mulanya adalah merupakan tugas para Rasul yang kemudiannya dilaksanakan oleh Alim Ulama'. Oleh yang demikian, bolehlah dikatakan bahawa kebahagiaan setiap umat sedikit sebanyak bergantung pada Alim Ulama'. Apabila mereka baik, maka baiklah manusia dan apabila mereka rosak nescaya rosaklah manusia. Ini bererti tanggungjawab Alim Ulama' amatlah besar, dan tugas mereka itu amatlah berat, lebih-lebih lagi kalau mereka menjadikan dakwah (tabligh) sebagai tugas khusus mereka. Pendakwah mesti ada mempunyai sifat-sifat di antara lain seperti berikut : 1. Memahami maksud Al-Quran dan Al-Hadis. 2. Beramal dengan ilmunya. 3. Tahan marah (berlapang dada) 4. Berani, tidak takut kepada sesiapapun dalam menerangkan kebenaran. Celaan manusi

SEJENAK BERSAMA DAKWAH

Image
Bismillahirrahmanirrahim...ana nak kongsi artikel di bawah ini kerana cita-cita yang ana impikan selama ini, iaitu untuk menjadi seorang da`eah (pendakwah). Ana harap antum semua manfaatkannya bersama termasuk juga ana. Ana harap ana dapat menjadi seorang da`eah yang istiqamah fi sabilillah dan dapat merealisasikan konsep `amar makruf nahi munkar` dengan sebaiknya..Insya-Allah! Doakan untuk ana ye! Bilakah kali terakhir dirimu menangis mengenangkan keadaan ummah ini? Bilakah kali terakhir dirimu melihat seorang yg melakukan maksiat secara terang-terangan, lalu timbul rasa kasihan di hatimu lantas bermunajat kepada Allah untuk dirimu dan dirinya? Lidah kita terlalu pantas melantunkan kata-kata kesat. Tangan kita terlalu ringan memukul dan menyakitkan. Kuasa yg ada digunakan semahu-mahunya. Semuanya dihalalkan atas nama dakwah. Mengapa? Tidak sepatutnya wahai pendakwah! Dakwah itu terlalu suci untuk dicemari sebegini rupa. Islam ruh dan jasad Untuk mengislahkan ummah

ANUGERAH BUAT TEMAN

Image
Assalamualaikum ERTI KAWAN: SAHABAT(TEMAN) BERSAUDARA PENASIHAT SUSAH SENANG BERSAMA PENDORONG SANGGUP BERPISAH KERANA KEBENARAN MUTIARA KATA SEORANG SUFI HAK SEORANG KAWAN JIKA ENGKAU TIDAK MAMPU MEMBERI BANT UAN KEPADANYA, JANGANLAH PULA ENGKAU MEMBERI KESUSAHAN KEPADANYA, JIKA ENGKAU TIDAK MAMPU MENGGEMBIRAKANNYA, JANGANLAH PULA ENGKAU MENDUKACITAKANNYA, JIKA ENGKAU TIDAK MAMPU MEMUJINYA, JANGANLAH PULA ENGKAU MENGEJINYA... CINTAILAH orang yang engkau cintai sekadarnya saja, siapa tahu suatu hari nanti ia menjadi orang yang engkau benci pula BENCILAH orang yang engkau benci sekadarnya saja, siapa tahu suatu hari nanti ia menjadi orang yang engkau cintai pula -saidina Ali Abi Talib- Sumber : www.iluvislam.com

MENSYUKURI NIKMAT

Assalamualaikum, semua. Dah lama rasanya tak update blog ana ni..Harap antum semua merenungkan artikel yang ana sertakan di bawah ini.. Hadis :Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Sesungguhnya Allah mengurniakan kepada sesuatu kaum itu nikmat yang kekal berada bersama mereka selagi digunakan untuk menunaikan hajat mereka yang memerlukan . Apabila mereka ini berpaling daripada berbuat sedemikian maka Allah akan pindahkan nikmat tersebut kepada kaum yang lain pula."Riwayat Tabrani Huraian : i) Segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada kita hendaklah digunakan bertepatan dengan tujuan ia diberikan. Itulah tanda kesyukuran yang dituntut oleh Islam. ii) Setiap muslim janganlah bersifat kedekut untuk melakukan amal kebajikan dan bersedia memperbaiki segala amal perbuatannya kerana Allah akan memberi ganjaran walau sekecil mana pun amalan tersebut. iii) Kita hendaklah mengambil pengajaran di atas kesusahan yang menimpa orang lain agar terbit rasa bersyukur di d