Posts

Showing posts from April, 2010

MUTIARA KATA UNTUK DIKONGSI..~

Image
Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum wbt... Ana sibuk sekarang ini...Alhamdulillah, dapat juga ana luangkan masa untuk ana blogging...Inilah yang ana dapat coretkan pada masa ini...Harap antum semua mendapat manfaatnya, InsyaAllah... Mutiara kata atau kata-kata nasihat adalah penting kita semua. Kata-kata yang bermanfaat ini dapat menjadi sumber inspirasi dalam kehidupan kita samada rumah tangga, percintaan, pekerjaan, dan pergaulan sehari-hari. Jadi ambillah kata ini sebagai kata semangat untuk kehidupan harian kita. Agar ia dapat menghiburkan serta memotivasikan diri sendiri…. Imam Ali berkata, “Allah menyayangi orang-orang yang mengetahui kadar dirinya dan tidak melewati batas perjalanannya; menjaga lisannya dan tidak mensia-siakan umurnya”. Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman eng

SENYUM SELALU..!

Image
Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum wbt...Kali ini ana nak kongsikan kepada antum semua 15 fakta menarik tentang senyum & ketawa...Jom bace>> 1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. 2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. 3. Apabila darah yang ’sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi. 4. Senyuman bukan sekadar reaks

REDHA DAN IKHLAS...SUKARNYA DI CARI...

Image
Artikel yg menarik utk di baca & di renungkan...adakah kta smua ade sifat2 ini... Sumber: www.iluvislam.com 1) Sifat redha adalah daripada sifat makrifah dan mahabbah kepada Allah s.w.t. 2) Pengertian redha ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik berupa peraturan ( hukum ) mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t. 3) Redha terhadap Allah s.w.t terbahagi kepada dua : * Redha menerima peraturan ( hukum ) Allah s.w.t. yang dibebankan kepada manusia. * Redha menerima ketentuan Allah s.w.t. tentang nasib yang mengenai diri. Redha Menerima hukum Allah s.w.t. : Redha menerima hukum-hukum Allah s.w.t. adalah merupakan manifestasi daripada kesempurnaan iman, kemuliaan taqwa dan kepatuhan kepada Allah s.w.t. kerana menerima peraturan-peraturan itu dengan segala senang hati dan tidak merasa terpaksa atau dipaksa. Merasa tunduk dan patuh dengan segala kelapangan dada bahkan dengan gembira dan senang menerima syariat yang digariska

ASYIK2X MENGELUH...BERSYUKUR..?

Image
Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum wbt... Alhamdulillah, segala puji bagi Allah al Rahman, al Rahim atas semua makhlukNya bernafas di bumiNya... Ana baru je selesai menghadiri Kem Kepimpinan Pengawas 2010 kat SMK SERI PERAK, sekolah ana...Banyak input2 yang berguna yang boleh ana gunakan untuk menjadi seorang pengawas yang berkebolehan di sekolah...InsyaAllah... Ana ingin bekongsi sebuah artikel yang menarik untuk dibaca & direnungkan. Adakah kita semua bersyukur dengan apa yang Allah berikan..??? Tepuk dada tanya iman... Dapatkan Mesej Bergambar di Sini Begitu mudah sekali melontarkan keluhan. Keluhan demi keluhan keluar dari bibir tanpa disedari. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang remeh. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah. Kita mengeluh dan asyik mengeluh. Andai dapat ditukar setiap bait keluhan itu kepada wang ringgit, pasti terbasmi kemiskinan di muka bumi. Namun hairan, Kita mengeluh tatkala kita ditimbuni dengan pelbagai kesenangan.