Posts

Showing posts from February, 2010

CINTA KEPADA RASULULLAH S.A.W

Image
Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum wbt..., Sempena bulan kelahiran junjungan besar kita, Nabi Muhammad sa.w, mari kita bermuhasabah diri kita; adakah iman kita sekata ataupun sentiasa penuh di dada. Antara ciri-ciri iman yang perlu kita ada ialah CINTA KEPADA RASULULLAH SA.W. Dapatkan Mesej Bergambar di Sini Artikel ini ana copy dari www.iluvislam.com walaupun hanya copy aje, ana harap antum semua dapat memahami & merenungi apa yang dikatakan di bawah ini... Mukaddimah Rasulullah S.A.W. merupakan pesuruh Allah Taala yang diutuskan kepada umat Islam dan seluruhnya. Sebagai umat Islam yang beriman maka wajiblah kita mentaati segala perintah dan suruhan yang datangnya dari junjungan besar Rasulullah S.A.W. tanpa membantahnya walaupun sedikit. Perintah mentaati rasulNya amat jelas dinyatakan di dalam nas-nas dari al-Quran ataupun al-Hadis S.A.W di antaranya: Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH...

Image
Persembahan nasyid...(sedap uh...) Semue pelajar khusyuk mendengar ceramah...(ade jgk yg bersembang) Penceramah, Ustaz Mhd Faizal Abd Khair beramah mesra dengan PK Pentadbiran, Pn Aliah. Ucapan pengetua dan soalan kuiz(pengetua jgk yang bagi...) Sebelum bacaan Yaasiin...(ckg tu tgh usyar ape ntah...) Sempat jgk nk memerli... Semue cikgu khusyuk membaca surah Yaasiin Akhir sekali, berselawat bersama-sama ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w Bismillahirrahmanirrahim... 25 Feb 2010 bersamaan 11 Rabiulawal 1431hj...sekolah ana mengadakan sambutan maulidur rasul peringkat sekolah. Di bawah ini ialah aturcara majlis (mnx maaf jam xde...): Sementara menunggu penceramah hadir, para pelajar melafazkan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w bersama-sama. Mendengar bacaan Al-Qur`anul Karim oleh Nurassaadah Bt. Mhd Fauzi Persembahan nasyid oleh kumpulan nasyid SMK Seri Perak diselangi oleh bacaan sajak tentang keunggulan Nabi Muhammad s.a.w. Ceramah oleh Ustaz Muhd Faizal Abd Khair, pensyarah Kolej

MAHRAJAN ARRIYADHIU FIL MADRASATI {SUKAN DI SEKOLAH SAYA}

Image
Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum wbt...Kali ini ana nak berkongsi cerita tentang sukan di sekolah Seri Perak pulak(sekolah ana le tu...) Sukan tahun ni da best la bagi ana...Walaupun dah lame berlepas, tetapi ia telah menjadi memorabilia di minda ana...(tingginye aras perkataan..) Sukan sekolah ana pada 20 Februari 2010. Ana menyertai perbarisan kawad pengawas sekolah...Walapun x bertanding, ana tetap nak masuk...(cewah..) Perbarisan kawad dimenangi oleh kawad Pengakap, manakala rumah yang menjadi juara kejohanan olahraga pula ialah rumah Jebat...Perhiasan rumah paling cantik>> Rumah Tuah...Kesian, rumah kasturi x menang ape2 pun...Xpela... Sempat bergambar sebelum berkawad... Sebelum ke padang...

SEKOLAH-SEKOLAHKU...

Image
Alhamdulillah, akhirnya boleh juga ana meng`edit` gambar dengan kemampuan ana sendiri. Gambar di atas ialah gambar-gambar sekolah yang ana belajar...Saje edit2...Edit guna photoscape. Syukran kepada adik Hanim sebab sudi ajar ana bagaimana untuk meng`edit` gambar.

HUKUM MENYAMBUT HARI VALENTINE ( HARI KEKASIH)

Image
Assalamualaikum wbt kepada semua. Kaifa halukum..? Alahmdulillah, dapat juga ana bersua kembali dalam blog ana... 14 Februari nanti ada 2 sambutan...Hari Raya Cina & Hari Valentine...Yang ana nak fokuskan adalah hari valentine...Bolehke sambut ye..? Rasenye bukan sekadar orang bukan Islam yang sambut, bahkan orang melayu beragama Islam pun ade jugak yang sambut...Ape hukum sambut hari valentine nih??? Alahmdulillah, ana sudah pun jumpa artikel yang berkaitan...Lagi sekali, ana hanya copy dari laman web lain...ape pun, harap ia dapat memberi manfaat kepada kita semua bahawa hari valentine ni haram untuk orang Islam menyambutnya... HUKUM MENYAMBUT HARI VALENTINE Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus Sebagaimana yang telah termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah dan disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Ini sebagaimana yang firman Allah S.W.T.: Bagi tiap-