HUKUM MENYAMBUT HARI VALENTINE ( HARI KEKASIH)
Assalamualaikum wbt kepada semua. Kaifa halukum..? Alahmdulillah, dapat juga ana bersua kembali dalam blog ana...
14 Februari nanti ada 2 sambutan...Hari Raya Cina & Hari Valentine...Yang ana nak fokuskan adalah hari valentine...Bolehke sambut ye..? Rasenye bukan sekadar orang bukan Islam yang sambut, bahkan orang melayu beragama Islam pun ade jugak yang sambut...Ape hukum sambut hari valentine nih??? Alahmdulillah, ana sudah pun jumpa artikel yang berkaitan...Lagi sekali, ana hanya copy dari laman web lain...ape pun, harap ia dapat memberi manfaat kepada kita semua bahawa hari valentine ni haram untuk orang Islam menyambutnya...
HUKUM MENYAMBUT HARI VALENTINE
Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus
Sebagaimana yang telah termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah dan disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Ini sebagaimana yang firman Allah S.W.T.: Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. al-Hajj : 67 Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri. - Hadis riwayat al-Nasaai, no: 959.
Oleh itu hendaklah umat Islam hanya membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu 3 kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Mawlid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Quran dan lain-lain lagi. Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam malah ianya berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masehi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini. Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya golongan kafir yang bercanggah dengan syarak dan bagi mereka yang meniru budaya orang kafir tersebut ditakuti mereka akan tergolong dalam golongan tersebut. Sabdanya: Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512.
Bersandarkan kepada hujah-hujah di atas maka para ulamak telah merumuskan bahawa sambutan Hari Valentine adalah diharamkan bagi seluruh umat Islam dan hendaklah pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya untuk menghalang budaya golongan yang ingkar kepada Allah ini dari diamalkan oleh umat Islam di Malaysia. Media Massa sepatutnya dihalang dari memasyhurkan sambutan Hari Valentine ini kepada umat Islam. Sebagai gantian media massa perlu digunakan untuk menyebarkan fatwa-fatwa para ulamak yang mengharamkan sambutan Hari Valentine.
KESIMPULAN
Kesimpulannya dapat kita rumuskan bahawa sikap orang Islam terutamanya generasi muda berbangsa Melayu di Malaysia ini menyambut Hari Valentine bertujuan untuk meniru budaya hedonis yang diimport dari barat. Menurut mereka budaya barat yang sedemikian rupa mencerminkan corak hidup terkini dan paling sesuai pada zaman yang serba moden. Mereka yang terkebelakang dalam meniru corak hidup barat ini dianggap jumud serta ketinggalan zaman. Maka kita melihat generasi muda umat Islam berebut-rebut untuk mengamalkan gaya hidup orang barat seperti mentatu tubuh mereka, memperagakan pelbagai fesyen rambut, memakai pakaian yang menjolok mata, mengamalkan pergaulan bebas, mengunjungi disko-disko yang dihidangkan minuman keras dan lain-lain lagi. Bagi mereka dengan mengamalkan cara hidup sedemikian rupa, mereka telah berjaya meniru satu kaum yang dianggap serba maju.
Comments
Post a Comment
saya