Posts

Showing posts from July, 2009

MENANGISLAH KERANA ALLAH

Image
BINGKISAN KHAS: Buat mereka yang sering menangis kerana terluka dengan kekasihnya dan menangis kerana ditinggalkan oleh kekasihnya. Serta buat semua ummah yang pernah terlupa... PERKARA: MENANGIS KERANA TAKUT KEPADA ALLAH Firman Allah swt dari surah Al Maidah ayat 44 yang kira-kira maksudnya: “Maka janganlah Engkau takut kepada manusia dan takutlah kepadaKu...” Diceritakan, ada seorang lelaki yang jatuh hati kepada seorang wanita. Ketika wanita itu keluar untuk satu keperluannya, maka pergilah lelaki itu bersamanya. Sampailah mereka ke satu kampung yang sunyi di mana penghuninya telah pun tidur. Lalu, lelaki itu pun menyampaikan hasrat hatinya. Wanita itu menyahut, “Lihatlah samada orang-orang telah tidur semuanya?” Lelaki itu memikirkan bahawa wanita itu bermaksud bahawa wanita itu bersetuju untuk menuruti kehendak hatinya. Dia pun mengelilingi kawasan itu untuk melihat samada semua orang telah tidur atau tidak. Setelah jelas bahawa semua orang-orang telah tertidur, segera dia mengham
Image
Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, mensia-siakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah. "Tidak. Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu." "Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat. Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yang sedang berdiri. Di situ hanya ada dia sendirian. Makanya ia pun menyanggah, "Manakah saksi-saksi yang kau maksudkan? Disini tidak ada siapa kecuali aku dan suaramu." "Inilah saksi-saksi itu," ujar malaikat. Tiba-tiba mata angkat bicara, "Saya yang memandangi." Disusuli oleh telinga, "Saya yang mendengarkan. " Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium." Bibir mengaku, "Saya yang merayu." Lidah menambah, &

CERITA PENGEMIS DAN ISTERI CANTIK

Image
Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan. Diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.''Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.'' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar r

KELEBIHAN AYAT KURSI

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya,Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, diaakan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap solat fardhu,Allah

PAHLAWAN DARI SEKALIAN PAHLAWAN

Apabila berbicara tentang dunia persilatan, tidak lengkap rasanya ilmu pengetahuan seseorang pesilat sekiranya dia tidak mengetahui serba sedikit tentang ‘penghulu’ kepada segala pendekar iaitu Imamul Muhtadin Saidina Ali ibni Abi Talib Karamallahu Wajhah.Ketokohan Saidina Ali sebagai pendekar terunggul di dunia terbukti dalam Perang Uhud. Sewaktu pasukan Islam terpukul hebat, beliaulah yang paling gigih mempertahankan Rasulullah SAW hingga terdengar suara malaikat Jibril berkata: “Tiada pedang selain Zulfiqar dan tiada pahlawan selain Ali.” Rasanya tidak ada lagi mana-mana pesilat walaupun sehebat Dato’ Laksamana Hang Tuah yang mendapat pengiktirafan daripada malaikat Jibril.Pedang Zulfiqar asalnya milik Rasulullah SAW yang kemudiannya digunakan oleh Saidina Ali. Sebahagian ulama mengatakan bahawa pedang inilah Raja Segala Besi. Selepas Saidina Ali dibunuh secara curi, pedang Zulfiqar ini turut lenyap dan ada riwayat mengatakan yang ia akan muncul semula pada akhir zaman. Wallahu alam

MUHASABAH BUAT KAUM WANITA

Wahai wanita tidak bertudung,Sungguh cantik alunan rambut mu,Bebas menggerbang kemas terikat,Terserlah di bawah cahaya mentari,Mentari dunia yang tak sehebat neraka,Iaitu api yang kan membakar rambut mu,di hari akhirat hari penentu,maka hanguslah segalanya,hilanglah cantik alun rambut mu,tiada lagi yang menggerbang,tiada lagi yang terserlah.Oleh itu jadikanlah diri mu,Sebahagian daripada wanita-wanita yang bertudung.Wahai wanita yang bertudung,Sungguh cantik alas kepala mu,Ringkas pendek tersempang rapi,Tersembul jambul tertutup dahi,Terserlah lah bentuk tubuh,Mengapa tidak dilindungi?Rimaskah dengan tudung labuh ke dada?Panaskah dengan pakaian sedemikian rupa?Tidakkah kau ingat,Kepanasan api neraka itu lagi hebat membakar,Menjilat rentung kesemua mereka yang ingkar,Mereka itu wanita yang tak bertudung,Kau tidak ubah seperti mereka walau bertudung,Oleh itu jadikanlah dirimu,Sebahagian daripada mereka yang bertudung,Bertudung labuh hingga ke paras dada.Wahai wanita bertudung labuh,Sungg

REBUTLAH GELARAN IKHWAN

Rebutlah gelaran ikhwan di akhir zamanYang disabdakan dari lidah Rasul junjunganAgar kita menjadi orang yang membuktikanGolongan yang baginda rindukanTika para sahabat itu bertanyaSiapakah yang diberi gelaran itu padanyaMembara cemburu di hati merekaHingga menitiskan airmataIa tawaran yang tiada tandinganLantas baginda menyambung lagiIkhwan itu mengamalkan sunnahkuBagai menggenggam bara apiDan mereka amat menyintaikuSekalipun tidak pernah bertemuukhwah mereka bagaikan susunan batu bataSaling menguatkan di antara merekaUmpama satu ibu dan satu ayahFikiran, keyakinan dan keselarasanPerjuangannya ibarat singa di siangnyaBagai abid pula di malam harinyaRuhbanu fillail wa fursan finnaharGelaran yang baginda berikanNamun Ikhwan bukan sebarang pilihanMereka pilihan di atas pilihanBilangannya sedikit tetapi besar di sisi TuhanKerana dosa amat dihindarkanLuar biasanya taqwa IkhwanKerana taqwanya diberi pertolonganKerana taqwanya diberi rezekiDan dunia diselamatkan TuhanWahai pencinta-..pencinta

KEUTAMAAN BULAN REJAB

Rasulullah SAW bersabda:"Rejab adalah bulan Allah, Syaaban itu bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku."Dari Abu Hurairah ra, diaberkata bahawa telah bersabda Rasulullah SAW: "Siapa puasa 27 Rejab, maka dituliskan untuknya puasa enam puluh bulan. Itulah hari di mana untuk pertama kalinya Jibril tutun kepada Nabi SAW diisrak-mikrajkan." Baginda juga bersabda: "Rejab adalah bulan Allah. Siapa puasa sehari dalam bulan Rejab kerana iman dan mengharapkan akan keredhaan Allah, pasti dia mendapatkan redha Allah yang Maha Agung."Diceritakan bahawa seorang perempuan membaca surah Al-Ikhlas di Baitul Maqdis setiap bulan Rejab sebanyak 1200 kali. Dia memakai pakaian bulu di bulan Rejab. Kemudian dia jatuh sakit dan berwasiat kepada anaknya agar pakaian itu dikuburkan bersamanya. Namun ketika meninggal, dikafankan dengan kafan yang elok. Maka si anak bermimpi melihat ibunya berkata, "Aku tidak redha kepadamu kerana kamu tidak melakukan wasiatku." Si anak la

BUAH-BUAHAN YANG DISEBUT DI DALAM AL QUR`AN

Sesungguhnya apa yang diciptakan oleh Allah SWT mempunyai hikmah yang amat besar sama ada yang hidup melata di atas muka bumi, yang terbang di udara, yang hidup di air, manusia, tumbuhan dan sebagainya. Semua itu menggambarkan kebesaran dan kekuasaan Allah.Firman Allah: dalam surah Al-Mukminun ayat 51Maksudnya: “Wahai rasul-rasul, makanlah daripada makanan yang baik-baik lagi halal, dan kerjakanlah amal yang soleh. Sesungguhnya Aku maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.Firman Allah: dalam surah Al-Baqarah ayat 172Maksudnya: “Wahai orang yang beriman, makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadah kepadanya.Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 168Maksudnya: “Wahai sekalian manusia makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang terang nyata bagi kamu.Kesemua ayat-ayat di atas

7 KALIMAH MULIA YANG PATUT DIAMALKAN MUSLIM

barangsiapa yang hafal dan mengamalkantujuh kalimah ini akan dimuliakan olehAllah dan malaikat dan akan diampunidosa-dosanya walau sebanyak buih dilautan.. 1.bismillahhirrah..mannirrahim: padatiap-tiap hendak melakukan sesuatu. 2.alhamdulliah:..pada tiap-tiap habismelakukan sesuatu. 3.astagfirrullah:..jika tersilapmengatakan sesuatu yang buruk. 4.insyaallah:..jika ingin melakukansesuatu pada masa akan datang. 5.lahaulawalaquat..aillahbillah:..bilatidak dapat melakukan sesuatu yangagak berat atau melihat sesuatu yangburuk. 6.innalillah wa innilillahiroji..un:jika menghadapi musibahatau melihat kematian. 7.laailaahaillall..ah:bacalah sepanjangsiang dan malam sebanyak-banyaknya.amalkanlah selalu moga-mogakita tergolong dikalangan orang yangterpilih oleh Allah.