Posts

Showing posts from December, 2009

KERANA ENGKAU INSAN TERPILIH...

Image
Assalamualaikum, semua. Dah lama rasanya tak update blog ni...Kali ini ana nak kongsikan sebuat artikel yang amat menarik untuk kita renungkan... Aduhai hati yang selalu gundah gulana.. Mengapa perlu difikirkan kehidupan duniawimu. Sedangkan dunia itu sering menipumu. Bukankah kehidupan ini penuh dengan majazi? Tipu daya di sana sini? Maka, hendaklah engkau susun langkahmu penuh hati-hati, Ingatlah, syaitan itu sentiasa tidak mahu mengaku kalah dan tidak pernah putus asa. Setiap saat masanya adalah berharga. Tidak dibiar kosong tanpa menyesatkan adam dan hawa. Lantas, bagaimana engkau masih lagi memikirkan hal duniamu? Perbanyakkanlah berfikir, renung penuh bererti.. Bagaimana bakal kehidupanmu sewaktu mengadap Tuhan Rabbul ’Izzati..? Selamatkah dirimu di hari yang tiada pelindung melainkanNya? Akan beratkah amal yang akan engkau bawa? Justeru, renungkanlah duhai diri yang lemah. Agar kehidupanmu di dunia sentiasa waspada.. Semoga, akan hadir dalam hatimu jiwa yang sensitif de

PETUA MENYUBURKAN HATI

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Kali ini ana nak kongsikan petua yang amat berguna untuk membetulkan semula nawaitu kita di dalam hati..InsyaAllah. Seorang hakim berkata "Jangan memikirkan 3 macam perkara iaitu" Kemiskinan kerana ia akan menyebabkan kerisauan dan menambah kerakusan. Perbuatan orang yang telah menganiayai kamu kerana ia akan menambahkan kekerasan hati kamu dan kedengkian serta melanjutkan kemarahan kamu. Ingin tetap tinggal di dunia kerana ia akan menggemarkan kamu dalam menghimpunkan dunia dan memperbanyakkan amal perbuatan yang melalaikan dari akhirat.

FAKTA TENTANG INTERNET

Image
Internet telah dicipta oleh Dr. Leonard Kleinrock dan rakan-rakannya pada 29 Oktober 1969 pada awal penemuan internet dipanggil alphanet internet menyebabkan dunia yang terpisah-pisah, terpecah dan bertaburan dalam segala bentuk perbezaan akhirnya berjaya disatukan dengan internet dulu, sebuah rumah ada TV tetapi kini setiap seorang indivi du mempunyai akses internet Malaysia mempunyai hampir 500 000 blog hampir 6 juta orang berada dalam rangkaian Facebook, Twitter, MySpace dan Friendster tahun 2008, hampir 87% kandungan informasi dalam blogmenjadi bahan berita oleh media tradisi seperti TV dan akhbar. sedangkan cuma 14% berita dan rencana yang disiarkan oleh media tradisi menjadi kandungan dalam media baru/internet (kajian oleh Zentrum Future Studies Malaysia) blog muncul menjadi media alternatif yang paling menguasai pengaruh kepercayaan sehingga dalam period 2004 hingga 2006. hampir 2 juta pembaca melayari blog setiap hari dengan kadar peningkatan mencecah ke 8 juta sebulan (kajian

NOVEL SEINDAH MAWAR BERDURI

Image
Assalamualaikum, semua. Catatan pada kali ini ana nak kongsikan sinopsis tentang Novel yang baru ana kenal..Seindah Mawar Berduri, karya Fatimah Syarha Mohd. Nordin. Ana belum membelinya lagi tetapi melalui sinopsis yang ana dapat dari kawan ana melalui Myspace, ana mengetahui apa maksud Mawar berduri yang sering ana dengar. Insya Allah ana akan membeli novel ini... SINOPSIS Khazinatul Asrar...khazanah kerahsiaan. Seorang gadis yang menyimpan rahsia kesucian hati yang takut dan cinta pada Ilahi di sebalik tabir aurat yang menghijab diri. Dia menjadi siulan ramai lelaki namun falsafah cinta yang dipegangnya menyebabkan dirinya tidak mudah untuk dimiliki. Dia tetap teguh dengan falsafahnya biarpun didatangi dugaan cinta silih berganti. Khazinatul Asrar mendapat keistimewaan itu kerana rahsia falsafah cintanya pada Ilahi. Cinta yang kudus dan suci.Kehebatan falsafah cintanya itu menyebabkan banyak kumbang yang akur tewas. Mereka tak terdaya menempuhi ranjau dan duri sep

MENGHAYATI SEMANGAT HIJRAH NABI

Image
Awal muharam adalah perayaan bagi umat Islam apabila masuknya tahun baru kalendar Hijrah. Di sebalik sambutan tersebut, ianya mengandungi satu peristiwa yang besar dalam sejarah Islam dan seterusnya merubah seluruh sistem peradaban dunia sehingga hari ini. Hijrah bermula ketika zaman Nabi Muhammad saw, apabila beliau diancam bunuh oleh kafir Quraish. Apabila mendapat arahan daripada Allah supaya beliau berhijrah ke Masinah bersama Abu Bakar,beliau menggantikan pemuda berani, Ali untuk menggantikan tempat tidur beliau. Pembunuh kafir Quraish telah terpedaya dengan taktik Nabi. Dalam perjalanan, baginda ditemani oleh sahabat karib baginda, Abu Bakar. Sepanjang perjalanan, Abu Bakar yang menjadi pendengar setia, perawat duka nestapa, pembela dan pelindung Nabi.Sehinggalah ketika orang kafir berjaya menjejaki baginda dan Ab Bakar dalam satu gua, akhirnya mereka berjaya dilindungi Allah dengan mengaburi mata kafir Quraish. Akhirnya setelah menemui pelbagai ranau berduri sepanjang perjala

STUDY MASA CUTI NI..!

Image
Assalamualaikum, antum semua. Musim cuti dah pun bermula. Cuti pun cuti jugak..Study pun kena jugak! Lagi-lagi tahun depan ana menduduki PMR...Takut sangat..Pening, pening..Itu jela ana nak bagitahu..Doakan untuk ana ye!

WARKAH BUAT MUSLIMAH..

Image
Sumber: http://muslimman-skk.blogspot.com Mengejar muslimah solehah... Bismillahirrahmanirrahim... Duhai Gadis … Gadisku… sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok yang menghiasi taman2 indah lantas menjadi perhatian Sang Kumbang untuk mendekatimu, namun … tidak semua bunga senang di dekati lantaran duri mawar, dari kejauhan sudah terhidu akan keharuman serta kilauan warnanya memancar indah mengundang kegaguman terhadap sang kumbang … tapi Awas !!! duri yang memagari bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya. Gadisku… aku suka kau sekiranya seperti mawar aspirasi setiap mujahidah. Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah swt… hiasilah wajahmu dengan titisan wudu’, bibirmu dengan tilawatilqur’ an dan zirullah, matamu dengan memandang segala keindahan af’alullah di muka bumi dan langit, telingamu diperdengarkan dengan tazkirah2 yang akan menambahkan ma’