Posts

Showing posts from January, 2010

ADAB SEMASA MENDENGAR AZAN

Image
Bismillahirrahmanirrahim... Marcapada, ramai umat Islam yang tidak sedar bahawa ada pelbagai perkara yang tidak boleh dilakukan semasa azan berkumandang. Silap langkah, terus jadi berdosa. Jadi, kita perlulah mengetahui adab-adab semasa azan berkumandang...Tolong ambil berat tentang hal ini kerana ia amat berkait dengan soal kita di akhirat kelak..Ana harap antum semua manfaatkan artikel di bawah yang ana copy dari laman web lain... Allahu Akbar!! Kematian itu pasti menjelma . Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati, mengapa kebanyakan orang yang nazak hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa? Lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratulmaut' Ini jelas menunjukkan kita disarankan agar mendiamkan diri dan jangan berkata apa-apa pun sewaktu azan berkumandang . Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan, banyak fadhilatnya. Jika lagu Kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri, mengapa ketika a

ASSALAMUALAIKUM, PEMBUKA BICARA~

Image
Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum, kepada semua pelawat blog ana. Ana ingin meminta maaf kepada antum semua kerana sudah terlalu lama ana tak update blog ini. Bukan sengaja ana tak update, cuma ana terlalu sibuk tahun ini. Maklumlah, tahun 2010 ni ana akan menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Hari pertama sekolah ana dah dapat banyak kerja sekolah yang guru-guru ana amanahkan kepada ana dan kawan-kawan sekelas. Insya-Allah ana sesekali akan meng`update` blog ana ini. Masih banyak lagi ilmu-ilmu agama & artikel-artikel berkaitan agama yang ingin ana kongsikan. Ana harap ia semua dapat memberi manfaat kepada ana dan antum semua...Lebih-lebih lagi, ana teringin menjadi seorang pendakwah (da`eah) pada masa akan datang..Insya-Allah.. Akhir kalam, ana meminta kepada antum semua supaya mendoakan yang terbaik untuk ana menghadapi peperiksaan PMR..Ana harapkan doa antum semua ya...Semoga Allah s.w.t. memakbulkan doa antum semua dan memberi rahmat senantiasa kepa