ASSALAMUALAIKUM, PEMBUKA BICARA~


Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum, kepada semua pelawat blog ana. Ana ingin meminta maaf kepada antum semua kerana sudah terlalu lama ana tak update blog ini. Bukan sengaja ana tak update, cuma ana terlalu sibuk tahun ini. Maklumlah, tahun 2010 ni ana akan menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Hari pertama sekolah ana dah dapat banyak kerja sekolah yang guru-guru ana amanahkan kepada ana dan kawan-kawan sekelas. Insya-Allah ana sesekali akan meng`update` blog ana ini. Masih banyak lagi ilmu-ilmu agama & artikel-artikel berkaitan agama yang ingin ana kongsikan. Ana harap ia semua dapat memberi manfaat kepada ana dan antum semua...Lebih-lebih lagi, ana teringin menjadi seorang pendakwah (da`eah) pada masa akan datang..Insya-Allah..

Akhir kalam, ana meminta kepada antum semua supaya mendoakan yang terbaik untuk ana menghadapi peperiksaan PMR..Ana harapkan doa antum semua ya...Semoga Allah s.w.t. memakbulkan doa antum semua dan memberi rahmat senantiasa kepada antum semua. Insya-Allah ana akan berusaha sebaik mungkin untuk mencapai impian ana mendapat 9A dalam PMR menjadi realiti..Jazakallahu Khairan Kathiro...

Comments

Popular posts from this blog

BBM: ADAB TERHADAP GURU

BBM: SOLAT 5 WAKTU

BBM: RUKUN ISLAM