Posts

Showing posts from June, 2011

Pancake & Sos Strawberi...(sedap!!!) :P

Image
Pancake & sos strawberi... Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum kepada pembaca semue...kaifa halukum? Alhamdulillah...dapat jugak ana update entry kat blog ana yang makin ramai follower nye.. :D sabtu, 25.6.11 hari ni la kan... tadi di sekolah ada hari kokurikulum & hari koperasi sekolah (2 in 1)... sekolah mane? sekolah ana lah! SMK SERI PERAK... :) ana & kawan serapat ade masuk pertandingan memasak. Tau tak tema menu masakannye ape? Satu set sarapan pagi yang lengkap untuk 3 org.. yang peliknya kenapa maksima bajet masakan ni diletak dengan harga rm10... em, apepun, kump. ana yang mewakili Kelas Kemahiran al-Quran sudah cuba yang terbaek untuk menang... Tgh habiskan pancake...sedapnye... Setelah seminggu berbincang2 dengan kawan2 sekumpulan nak masak ape, kami pun memutuskan untuk memasak pancake & sos strawberi (ala-ala western... ;P) Tapi tiba2 malam sebelum esoknya pertandingan (malam semalam la), ade sorang kawan ana ni nak tukar perancangan. Nak jadikan pa

Kembali Menuntut Ilmu di Sekolah Semula Esok..

Image
Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum kepada sesiapa yang lawat blog ana. Esok dah nak sekolah semula, ana x bersedia lagi.. xtaula kenapa. Banyak betul masalah sepanjang cuti 2 minggu ni. Apepun, selamat bersekolah kembali kepada kawan2 semua... semoga kita mendapat ilmu yang berkat & mengamalkannya dalam kehidupan kita yang fana` ini... Insha Allah. Wassalam! :)

Muhasabah Cintaku...

Image
Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum semua. Sebelum ana nak pegi latihan forum remaja hari ni, sempat lagi untuk ana update blog pagi2 ni. La Haula wa La Quwwata Illa Billahil `Aliyyil `Azim... Aku hanya hambaMu yang lemah... banyak ujian yang telah Engkau beri kepadaku. Terasa amat pedih hati ini. Terlalu berat ujian yang Engkau turunkan. Tetapi, aku bersyukur kepadaMu, kerana Engkau masih menyayangi diriku dengan memberikan kepadaku ujian & dugaan, untuk menguji sejauh mana tahap keimanan ku kepadaMu. “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa y

Don`t be Arrogant...!

Image
Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum kpd sesiapa yg lawat blog biasa ini. Kali ni ana nak kongsi satu dalil al-Quran tentang keburukan orang yang sombong. Semoga bermanfaat! :) P/s: Tak tau nak tulis ape dah utk entry kali ni.. وَلَا تَمۡشِ فِى ٱلۡأَرۡضِ مَرَحًا‌ۖ إِنَّكَ لَن تَخۡرِقَ ٱلۡأَرۡضَ وَلَن تَبۡلُغَ ٱلۡجِبَالَ طُولاً۬ Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang. ( Surah Al-Isra' 17: Ayat 37) Sumber: www.iluvislam.com May Allah bless us, ameen. Wassalam! ;)

Aku Mahu Jadi Novelis! ^_^

Image
Bismillahirrahmanirrahim... Alhamdulillah, dapat juga update blog. Lagi seminggu je nak habis cuti. Lepas tu, sibuk2 dengan aktiviti sekolah. Alalahai, cepatnya masa berlalu... Kali ni ana nak share cerita. Ana ade baca sebuah novel remaja Diari Super 3G, penulisnya Ain Maisarah & Azanil Fitri. Menarik sangat jalan cerita novel ni. Inilah novel Diari Super 3G... cover bukunya pun menarik.. kak Ain Maisarah ni memang novelis yang popular di kalangan pembaca novelnya. Banyak buku2 novel yang beliau dah hasilkan antaranya Aku Mahu Popular & mcm2 lg la yang nama bukunya ana x ingat. :D Aku Mahu Popular: antara novel bersiri yang dihasilkan oleh beliau... Semuanya best2 belaka & cover buku2 beliau semuanya menarik & comel :) Memang respect sangatlah dengan kak Ain Maisarah ni. Lagi2 kak Ain ni ada penerbitannya sendiri ( Blink Book Sdn Bhd). Inilah kak Ain Maisarah. Memang pandai bergayalah novelis ni.. :) p/s* kalau nak pergi ke blog kak Ain untuk tau pasal buku2 , klik sin

Alhamdulillah, Kini Tiba Pula Bulan Rejab

Image
Bulan Rejab sudah menjelang... Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum & selamat pagi semua... Alhamdulillah, dpt juga kita menghirup nafas pada hari Jumaat, 3 Jun 2011 brsamaan 1 Rejab 1432 Hijrah. Puji-pujian hanya kepada Allah s.w.t. atas segala nikmat yang telah Dia kurniakan kepada kita. Sedar x sedar, dah sampai bulan Rejab. Antara bulan2 yang mulia yang Allah sebutkan. Hari ni, ana nak share sepotong ayat al-Quran mengenai bulan Rejab yang mulia ni. Ayat Quran ni pun ana copy dari sebuah blog. Kalau nak tau lebih lanjut, pegi jela blog ni . Smoga mendapat manfaat & selamat membaca! ;) Kelebihan Bulan Rejab Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuan

Hak-Hak Kaum Muslimin & Perkara yang Berkaitan Dengannya~

Image
Bismillahirrahmanirrahim... Ukhuwah fillah! ;) Hari ni ana nak kongsikan 2 buah hadis yang berkaitan dengan hak-hak kaum muslimin & perkara yang berkaitan dengannya...untuk manfaat & peringatan semua. InshaAllah. Sumber hadis ana dpt dari kitab ringkasan Riyadhus Solihin. :) ~ Daripada Nu`man bin Basyir r.a, Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya: "Perumpamaan orang Mukmin dalam hal saling mengasihi, dan menyayangi, adalah bagaikan satu tubuh. Jika salah satu bahagian tubuh merasakan sakit, maka seluruh bahagian tubuh yang lain juga ikut merasakan sakit dengan tidak dapat tidur dan mengalami demam." (Riwayat al-Bukhari no.6011 & Muslim no. 2586) ~ Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya: "Hak seorang Muslim atas Muslim lainnya ada lima, iaitu: menjawab salam, menziarahinya ketika sakit, menghantarkan jenazahnya, memenuhi undangannya, dan mendoakannya jika bersin." Dalam riwayat Muslim ada tambahan:"...Jika dia meminta nasih