Hak-Hak Kaum Muslimin & Perkara yang Berkaitan Dengannya~


Bismillahirrahmanirrahim...

Ukhuwah fillah! ;)

Hari ni ana nak kongsikan 2 buah hadis yang berkaitan dengan hak-hak kaum muslimin & perkara yang berkaitan dengannya...untuk manfaat & peringatan semua. InshaAllah. Sumber hadis ana dpt dari kitab ringkasan Riyadhus Solihin. :)

~ Daripada Nu`man bin Basyir r.a, Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya:
"Perumpamaan orang Mukmin dalam hal saling mengasihi, dan menyayangi, adalah bagaikan satu tubuh. Jika salah satu bahagian tubuh merasakan sakit, maka seluruh bahagian tubuh yang lain juga ikut merasakan sakit dengan tidak dapat tidur dan mengalami demam." (Riwayat al-Bukhari no.6011 & Muslim no. 2586)


~ Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya:
"Hak seorang Muslim atas Muslim lainnya ada lima, iaitu: menjawab salam, menziarahinya ketika sakit, menghantarkan jenazahnya, memenuhi undangannya, dan mendoakannya jika bersin." Dalam riwayat Muslim ada tambahan:"...Jika dia meminta nasihat kepadamu, maka berilah dia nasihat." (Riwayat al-Bukhari no. 1240 & Muslim no. 2162 )

Semoga mendapat manfaat & renung2 kan ye...Wassalam! ;)

Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN MENUNTUT ILMU ^_^

APA YANG ADA DI DALAM SEBIJI KURMA?

BUAH-BUAHAN YANG DISEBUT DI DALAM AL QUR`AN