Posts

Showing posts from March, 2009

6 PERKARA YANG ALLAH SEMBUNYIKAN...

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antaratimur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud."Wahai Jibrail, ka! mu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranyamereka itu mengerjakan solat dua rakaa

29 MAC 2009

Hari ini adik saya yang ketiga ada sukan tahunan sekolah di padang majilis perbandaran. Saya berasa seronok sangat sebab saya juga bekas pelajar sekolah itu. Adik saya memasuki acara tarik tali. Memang sesuai dengan badannya yang bersisi. Acara itu adalah yang terakhir sekali. Terpaksalah tunggu juga. Adik saya rumah biru. Semasa acara tarik tali, saya memberi sokongan moral. Alhamdulillah, akhirnya dapat tempat kedua. Jadilah, daripada tak dapat apa-apa. Dengan bangganya adik saya mendapat pingat perak.(Plastik je). Rumah biru juga mendapat naib johan keseluruhan dengan pemarkahan sebanyak 101 dan juga johan untuk acara perbarisan. Sempat jugak ambil gambar adik saya..

27 MAC 2009, JUMAAT.

Hari ini pun saya bersekolah seperti biasa. Cuma semasa mata pelajaran bahasa arab, tiba-tiba seekor burung enggang datang bertenggek di atas koridor tepi luar kelas saya. Semua orang terpegun la. Jarang burung enggang datang tiba-tiba. Tapi ada jugak kawan saya yang tak sempat nak nampak burung tu sebab dia terlindung dari tingkap. Kesian betul. Semasa subjek pendidikan islam pula, ustazah tiada. Jadi kami semua buatlah kerja sendiri. Saya dan kawan saya, una ingin pergi keluar sekejap, jadi kami pun minta pas keluar dari penolong ketua kelas. Saya pegang pas keluar itu semasa keluar. Malas nak pegang, saya pun letakkannya dalam poket. Sampai balik rumah saya tak bagi pas keluar itu kepada penolong. Macammanalah boleh terlupa. Ya Allah...=D

PENGUMUMAN...

Blog ini adalah blog peribadi saya. Jadi saya pos di blog ini ibarat saya menulis catatan diari saya di sini. Harap maklum!

26 MAC 2009, KHAMIS

Hari ini tiada apa-apa yang menarik yang boleh saya catatkan di sini. Cuma tadi semasa subjek pen. sivik, guru saya mengajar tentang tajuk `Kebolehan dan Bakat Diri'. Tak sangka pula sama tajuk apa yang saya sudah pos pagi tadi. Itu sahaja untuk hari ini. Besok jumpe lagi yerk!

BAKAT YANG INGIN SAYA CUNGKILKAN...

Bagi saya, bakat yang perlu saya mengenalpasti ialah bakat saya dalam bidang pidato. Saya memang minat dalam pidato ini. Ia menggambarkan ciri-ciri seorang pemimpin bercakap di khalayak ramai. Lebih-lebih lagi saya memegang jawatan yang amat berat, tapi taklah berat sangat pun, iaitu sebagai penolong ketua pengawas sesi petang. Dengan berlatih pidato, saya boleh memperbaiki cara percakapan saya dari bahasa pasar ke bahasa baku. Bakat saya yang kedua pula ialah dalam bertarannum. Saya yakin bakat ini ada dalam diri saya. Di sekolah, saya mengikuti Kelas Kemahiran Al Qur`an(KKQ). Sekarang ini saya sedang belajar lagu tarannum Bayati, Husaini, Nahwand dan Rast. Minat saya dalam tarannum amat mendalam. Untuk memantapkan lagu tarannum saya dalam membaca al qur`an, saya akan berlatih membacanya setiap hari. Siapa sangka, jika saya boleh mewakili sekolah dalam pertandingan tilawah alqur`an. Seperti kata pepatah, `Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan'... =)

PENGUMUMAN...

Assalamualaikum...saya mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yang melawat blog saya yang tidak seberapa ini. Biasalah, baru buat. Mestilah tak menarik sangat...Saya harap akan bertambah ramai yang melawat blog saya ini. Sekian, terima kasih.

KEPUTUSAN UJIAN 1...

25 Mac 2009, Rabu- Hari ini saya dapat keputusan ujian subjek sejarah. Mungkin kelemahan saya juga, saya mendapat markah yang memuaskan la jugak. iaitu 72%. Keputusan ujian 1 saya ialah 6A3B...Alhamdulillah ok la jugak. Bersyukur kepada Allah.=)

ASSALAMUALAIKUM...

Inilah kali pertama saya mencipta sebuah blog saya sendiri. Seronok pun ade...Ujian 1 dah pun berlepas, dan kini saya sudah dapat 6A2B. Lagi satu matapelajaran yang tak dapat lagi, sejarah. Harap-harap dapat A...Aminn...