BAKAT YANG INGIN SAYA CUNGKILKAN...

Bagi saya, bakat yang perlu saya mengenalpasti ialah bakat saya dalam bidang pidato. Saya memang minat dalam pidato ini. Ia menggambarkan ciri-ciri seorang pemimpin bercakap di khalayak ramai. Lebih-lebih lagi saya memegang jawatan yang amat berat, tapi taklah berat sangat pun, iaitu sebagai penolong ketua pengawas sesi petang. Dengan berlatih pidato, saya boleh memperbaiki cara percakapan saya dari bahasa pasar ke bahasa baku.


Bakat saya yang kedua pula ialah dalam bertarannum. Saya yakin bakat ini ada dalam diri saya. Di sekolah, saya mengikuti Kelas Kemahiran Al Qur`an(KKQ). Sekarang ini saya sedang belajar lagu tarannum Bayati, Husaini, Nahwand dan Rast. Minat saya dalam tarannum amat mendalam. Untuk memantapkan lagu tarannum saya dalam membaca al qur`an, saya akan berlatih membacanya setiap hari. Siapa sangka, jika saya boleh mewakili sekolah dalam pertandingan tilawah alqur`an. Seperti kata pepatah, `Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan'...


=)

Comments

Popular posts from this blog

BBM: ADAB TERHADAP GURU

BBM: SOLAT 5 WAKTU

BBM: RUKUN ISLAM