29 MAC 2009

Hari ini adik saya yang ketiga ada sukan tahunan sekolah di padang majilis perbandaran. Saya berasa seronok sangat sebab saya juga bekas pelajar sekolah itu. Adik saya memasuki acara tarik tali. Memang sesuai dengan badannya yang bersisi. Acara itu adalah yang terakhir sekali. Terpaksalah tunggu juga. Adik saya rumah biru. Semasa acara tarik tali, saya memberi sokongan moral. Alhamdulillah, akhirnya dapat tempat kedua. Jadilah, daripada tak dapat apa-apa.

Dengan bangganya adik saya mendapat pingat perak.(Plastik je). Rumah biru juga mendapat naib johan keseluruhan dengan pemarkahan sebanyak 101 dan juga johan untuk acara perbarisan. Sempat jugak ambil gambar adik saya..

Comments

Popular posts from this blog

BBM: ADAB TERHADAP GURU

BBM: SOLAT 5 WAKTU

BBM: RUKUN ISLAM