Muhasabah Cintaku...


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum semua.

Sebelum ana nak pegi latihan forum remaja hari ni, sempat lagi untuk ana update blog pagi2 ni.

La Haula wa La Quwwata Illa Billahil `Aliyyil `Azim...




Aku hanya hambaMu yang lemah... banyak ujian yang telah Engkau beri kepadaku. Terasa amat

pedih hati ini. Terlalu berat ujian yang Engkau turunkan. Tetapi, aku bersyukur kepadaMu,

kerana Engkau masih menyayangi diriku dengan memberikan kepadaku ujian & dugaan, untuk

menguji sejauh mana tahap keimanan ku kepadaMu.

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." (al-Baqarah, Ayat 286)


Oleh itu, kuatkanlah diriku Ya Allah. Aku seakan2 hampir berputus asa di tengah jalan

perjuangan hidup ini... Berikanlah aku kekuatan diri & semangat. Agar aku dapat mengharungi

ujian & dugaan yang Engkau berikan untukku sepanjang hidup yang fana` ini... Ameen.

Ampunkanlah segala dosa2 ku wahai Tuhan yang Maha Pengampun.

Berikanlah aku kesabaran

& jauhkanlah aku daripada sifat2 munafik dalam diri ini. Dan jadikanlah aku sebagai hambaMu

yang beriman... Hanya Engkau tempat ku memohon pertolongan & meminta pengampunan.

Kerana Hanya Engkau Ya Allah, yang layak mengampuni dosa2 ku serta yang layak

menolongku. Ameen ya Allah...

Comments

Popular posts from this blog

BBM: ADAB TERHADAP GURU

BBM: SOLAT 5 WAKTU

BBM: RUKUN ISLAM