Aku Mahu Jadi Novelis! ^_^

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, dapat juga update blog. Lagi seminggu je nak habis cuti. Lepas tu, sibuk2 dengan aktiviti sekolah. Alalahai, cepatnya masa berlalu...

Kali ni ana nak share cerita. Ana ade baca sebuah novel remaja Diari Super 3G, penulisnya Ain Maisarah & Azanil Fitri. Menarik sangat jalan cerita novel ni.


Inilah novel Diari Super 3G... cover bukunya pun menarik..

kak Ain Maisarah ni memang novelis yang popular di kalangan pembaca novelnya. Banyak buku2 novel yang beliau dah hasilkan antaranya Aku Mahu Popular & mcm2 lg la yang nama bukunya ana x ingat. :D
Aku Mahu Popular: antara novel bersiri yang dihasilkan oleh beliau...

Semuanya best2 belaka & cover buku2 beliau semuanya menarik & comel :) Memang respect sangatlah dengan kak Ain Maisarah ni. Lagi2 kak Ain ni ada penerbitannya sendiri ( Blink Book Sdn Bhd).

Inilah kak Ain Maisarah. Memang pandai bergayalah novelis ni.. :)


p/s* kalau nak pergi ke blog kak Ain untuk tau pasal buku2 , klik sini .

* kalau nak tau pasal aktiviti terkini kak Ain pulak, klik fb kak Ain Maisarah

Di sebabkan oleh kak Ain, ana teringin pulak nak jadi seorang novelis. Wah, best nye. Jadi pekerjaan sampingan pun jadila. Yang penting dapat menulis beribu-ribu perkataan macam slogan Kak Ain tu. Kalau boleh tulis novel remaja yang Islamik. Lagi ok kan...

Angan angan kena la disertakan dengan usaha. Kalau x, buang masa je. InshaAllah, ana nak cuba berkarya. Mana tau ana akan jadi novelis yang terkenal macam Kak Ain Maisarah.
Ingat mudah untuk menulis novel? Kena kreatif & banyak idea serta pandai berimaginasi tau!



Kalau boleh, ana nak tulis novel yang berkaitan dengan kehidupan & hidup beragama. Baru best & boleh dimanfaatkan oleh setiap lapisan umur terutama sekali golongan remaja. Em ape pun, ana cuba capai impian ana ni. Doa2 kan lah ya. Amin.

Akhir sekali, ana suka novel Ain Maisarah & PTS One teen novel! Wassalam! :)

Comments

Popular posts from this blog

BBM: ADAB TERHADAP GURU

BBM: SOLAT 5 WAKTU

BBM: RUKUN ISLAM