DI SEBALIK MATA WANITA...



Assalamualaikum ana ucapkan...

Artikel yang menarik untuk muslimah semua...di sebalik mata kita ada maksud yang tersirat mengenai personaliti kita...namun, x semestinya 100% sama dengan personaliti kita...Selamat membaca & renung2kan kejadian yang Allah ciptakan...dan sentiasalah memuji Allah dengan bertahmid& bertasbih...

Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati. Mata juga mengungkap pelbagai makna - firasat tersirat. Namun firasat ini hanyalah sekadar menambah pengetahuan, tentang tingginya rahsia pusaka Melayu lama yg kaya dgn pelbagai ilmu tilikan tentang insan bergelar WANITA. Sejauhmana kebenaran tidaklah diketahui dan mungkin sekadar kebetulan semata-mata….

SAIZ MATA KECIL

Peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan.
Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tapi bila marah lambat sejuknya. Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik.

SAIZ MATA SEDERHANA
Sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab serta perlukan belaian mesra suami.

SAIZ MATA LEBAR
Cukup kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah,bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa.Tapi boleh setia. Nafsu syahwat tinggi.


MATA SELALU BERKEDIP

Pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar. Wanita ini baik.

MATA JARANG BERKEDIP

Wanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia, adil,bertanggungjawab,tidak cerewet, membantu dan membahagiakan.

MATA CENGKUNG

Kurang memuaskan, materialistik,hidup dengannya boleh sengsara, kata manis tapi bohong, mahu senang, mudah curang, bila anda susah dia tidak peduli.

MATA REDUP

Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, hati tidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat, mengumpat, irihati, kejam, kasar,mencemuh, pemarah.

MATANYA SEOLAH TERSEMBUL KELUAR

Sifatnya baik, rela, tabah, menyenangkan,ikut kata. Tapi mungkin tidak tepati janji, pendendam, tamak dan marah bila tidak puas nafsu syahwatnya.

Akhirul kalam, sentiasalah menjaga pandangan mata anda bagi muslimah2 diluar sana...

Sumber: http://saxoni.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog

BBM: ADAB TERHADAP GURU

BBM: SOLAT 5 WAKTU

BBM: RUKUN ISLAM