MUKASHAFAH AL-QULUB: KEUTAMAAN SOLAT MALAM

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang telah memberi peluang kepada ana untuk terus bernafas di bumiNya...Kali ini, ana ingin berkongsi mengenai keutamaan solat malam. Solat malam tediri daripada solat sunat Taubat, solat sunat Tahajjud & solat sunat Hajat. Amalan solat malam ini juga dapat menampung kecacatan amalan solat fardu & ibadah2 wajib yang lain...

Potongan ayat surah & potongan Hadis yang berkaitan keutamaan solat malam ini ana dapat dari sebuah buku bertajuk PENENANG JIWA, terjemahan kitab MUKASHAFAH AL QULUB.


Antara potongan ayat surah & potongan hadis yang menegaskan tentang keutamaan solat malam:

> Allah Azza Wa Jalla berfirman:

"Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui bahawa engkau solat di malam hari, kurang dari 2/3 malam." (Q.S Al Muzammil: 20)

"Minta tolonglah kamu(kepada Tuhan) dengan kesanaran & (mengejarkan) solat" (Q.S. Al Baqarah: 45)


> Rasulullah SAW bersabda:

"Sewaktu salah seorang kamu tidur, di pembaringanmu syaitan mengikatkan 3 ikatan. Pada malam yang panjang, hendaklah kamu bangun. Jika telah bangun & berzikir kepada Allah, maka lepaslah 1 ikatan. Jika berwudhuk, lepaskan 1 ikatan lagi. Jika kemudian apabila solat, lepaslah 1 ikatan lagi. Sehingga apabila kau bangun di waktu pagi dengan penuh semangat & berjiwa lapang. Jika tidak, maka jiwamu sempit & malas."

>Dalam hadis Sahih, dari Jabir ra, bahawa Nabi SAW bersabda: "Ada waktu sebahagian malam apabila seorang memohon , pasti Allah akan mengkabulkannya."

>Rasulullah SAW bersabda: "Hendaklah engkau beribadah malam. Itulah kebiasaan orang-orang soleh sebelumnya qiamullail (ibadah malam) itu mendekatkan diri kepada Allah SWT menghapuskan penyakit dari jasad & menghindarkan dosa."

"Seseorang setelah solat malam, kemudian dia tertidur, maka pahala solat ditulis untuknya sebagai sedekah baginya."


> Raulullah SAW bersabda kepada Abu Zar, "bila engkau hendaklah pergi, perlukah engkau bawa bekalan?" Abu Zar menjawab, "Ya". Baginda bersabda" Bagaimana engkau menempuh jalan Kiamat? Tidakkah kau ingin, wahai Abu Zar, aku ceritakan sesuatu yang bermanfaat bagimu pada hari itu?" Abu Zar menjawab, "Ya". Rasulullah bersabda:

"Puasalah di hari yang amat panas untuk hari kebangkitan. Solatlah 2 rakaat di kegelapan malam untuk keganasan kubur. Dan berhajilah untuk hal2 yang amat agung. Bersedekahlah kepada orang miskin atau dengan kalimah besar yang engkau katakan atau pula dengan tidak kalimah buruk."

Dikatakan, Imam Bukhari seringkali mengutarakan 2 bait syair ini:
Raihlah dalam kelonggaranmu keutamaan rukuk. Sesungguhnya maut datang tiba2 sahaja. Betapa banyak engkau lihat orang sihat. Tanpa diduga jiwa melayang juga.


Sesungguhnya, terdapat banyak lagi kelebihan mukmin yang mengerjakan solat malam. Oleh itu, marilah kita semua menunaikan amalan solat malam tersebut supaya kita semua di bawah keredaannya & terselamat dari azab seksaan kuburNya...InsyaAllah.

~Wassalam...

Comments

  1. assalamualaikum..
    sy mencari buku ni agak lama..
    boleh sy tahu di mana boleh sy dapatkan ?

    ReplyDelete

Post a Comment

saya

Popular posts from this blog

BBM: ADAB TERHADAP GURU

BBM: SOLAT 5 WAKTU

BBM: RUKUN ISLAM