RAMADHAN KARIM~

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum semua. Ramadhan Karim, Allahu Akram. Di kesempatan ini ana ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah berpuasa dan selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini.

Sejak kebelakangan ini ana memang sibuk dengan pelajaran & aktiviti di sekolah. Maklumlah, lagi 2 bulan ana akan mengahadapi peperiksaan PMR...Gentarnya...

Akhirul kalam, harap kita semua dapat memperbanyakkan ibadah sunat & menyempurnakan ibadah fardu pada bulan yang mulia ini. Ana juga berharap iman kita semua akan meningkat pada bulan ini, Insya-Allah. Di sini ana mencoretkan sebuah lagu tentang bulan Ramadhan, harap anda semua dapat menghayatinya...Sekian, Wassalam.

"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu puasa seperti mana diwajibkan ke atas mereka sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa." Al-Baqarah 183


Harapan Ramadhan
( Man Bai ft Raihan)

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua

Comments

Popular posts from this blog

BBM: ADAB TERHADAP GURU

BBM: SOLAT 5 WAKTU

BBM: RUKUN ISLAM