PETUA KECANTIKAN ISLAM~


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t...ana ada sebuah artikel yang menarik & berguna untuk dikongsi kepada kawan-kawan muslimahku...

Petua-petua untuk kita menjadi lebih `cantik` dari segi perspektif Islam ialah :

  • 1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wuduk. jangan langsung dikeringkan, biarkan ia menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sejadah, solat, berzikir dan berdoa.
  • 2. Untuk menghilangkan stress, perbanyakkanlah pergerakan. Perbanyakkan solat. Ketika solat, kita menggerakkan seluruh tubuh. lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan zikir dan doa.
  • 3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan "kata kunci", Allahumma Kama Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlakku). (HR Ahmad).
  • 4. Untuk punya bibir yang cantik, bisikkan kalimah-kalimah Allah, tidak menyakiti hati orang lain, dan tidak menyombongkan diri atau takbur.
  • 5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika mampu, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud a.s. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan dan air kosong.
  • 6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenali dan disayangi.

Akhir kalam, jika kita istiqomah dalam melakukan semua perkara yang disebut di atas, Insha Allah, kita akan dipandang `cantik` oleh Allah SWT serta dipandang mulia oleh orang disekeliling kita...Wallahu`alam...

Sumber artikel ~ Buku Diari Muslimah (Yaumiyat Lil Muslimah 2011) terbitan Kharisma Network Sdn Bhd.

Comments

Popular posts from this blog

BBM: ADAB TERHADAP GURU

BBM: SOLAT 5 WAKTU

BBM: RUKUN ISLAM