HADITH MENGENAI PERISTIWA AKHIR ZAMAN- 1




Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum W.B.T. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana dengan izin-Nya, dapat lagi kita bernafas & merasai nikmat-nikmat yang Allah Ar-Rahman berikan kepada kita sebagai hamba-Nya yang hina...All praises 2 Allah...Kali ini ana ingin berkongsi antara hadith-hadith Rasulullah S.A.W. berkaitan tanda-tanda akhir zaman. Semoga memberi manfaat kepada semua. InshaAllah.


Hadith pertama: Rasuah Berleluasa

Maksudnya: Daripada Muadz Bin Jabal r.a. berkata, aku telah mendengar Rasulullah SA.W. bersabda: "Ambillah pemberian itu selama ia masih sebagai pemberian. Tetapi apabila ia telah menjadi rasuah dalam pandangan agama maka jangan kamu mengambilnya. Namun kenyataannya kamu tidak akan dapat meninggalkan rasuah itu kerana kamu takut fakir dan kamu sangat berhajat untuk mengambilnya."

~ Hadith Riwayat At Thabrani & Abu Nuaim~

Keterangan mengenai Hadith: Pada akhir zaman rasuah akan menjadi-jadi dalam kalangan masyarakat dan wang mempunyai kuasa untuk membeli pangkat dan kedudukan dan wang juga diperlukan untuk mendapat kemudahan dari pihak yang berpangkat dan berkuasa. Wang telah menjadi `tuhan` yang disembah oleh setiap orang yang tamak dan rakus. Dalam keadaan yang sebegini rupa, orang sudah tidak mempedulikan sesiapa. Maka musnahlah akhlak dan runtuhlah segala budi dan yang wujud hanyalah kezaliman dan penindasan dari setiap lapisan terhadap lapisan yang memerlukannya. Contohnya kita boleh lihat pada masa kini. Rasuah berlaku di mana-mana sahaja di negara kita. Dari sekecil-kecil golongan hinggalah ke golongan pemimpin. Wallahu`alam bissowab.

Bersambung...

Sumber : 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman, susunan oleh Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki.

Comments

Popular posts from this blog

BBM: ADAB TERHADAP GURU

BBM: SOLAT 5 WAKTU

BBM: RUKUN ISLAM