PERISTIWA BERSEJARAH DALAM ISLAM DI SEBALIK 10 MUHARRAM


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum W.B.T. Alhamdulillah, post kali ini ana ingin kongsikan sebuah tazkirah menarik yang ana dapat dari sini Bagi ana, tazkirah ini amat menarik kerana terdapat banyak peristiwa bersejarah yang berlaku pada tanggal 10 Muharram. Selamat membaca :)

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh 10 Muharram :

~Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.

~Diterima taubat Nabi Adam a.s


~Dicipta Nabi Adam a.s.


~Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.


~Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.


~Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.


~Selamat Nabi Ibrahim daripada api Namrud.


~Selamat Nabi Musa dan pengikutnya.Firaun lemas.


~Dilahirkan Nabi Isa a.s.


~Diangkat Nabi Isa ke langit.


~Diangkat Nabi Idris ke langit.


~Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.


~Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.


~Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.


~Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas buta.


~Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.


~Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.


~Hujan yang pertama turun dari langit ke bumi.


Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Taala Maha Mengetahui peristiwa2 yang berlaku di sebalik hari asyura. Terdapat hikmah di sebalik semua peristiwa2 di atas...Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar...

Selain itu, pada 10 Muharram/ Hari asyura juga disunatkan berpuasa sepertimana hadith ini :
Hari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura. (Sahih Bukhari)

Wallahu`alam bissowab...Wassalam...

Comments

Popular posts from this blog

BBM: ADAB TERHADAP GURU

BBM: SOLAT 5 WAKTU

BBM: RUKUN ISLAM