KELEBIHAN MENUNTUT ILMU ^_^



Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu`alaikum waRahmatullah waBarakatuh... :)

Kaifa halukum, semua? Harap antum semua dalam keadaan yang sihat wal`afiat..InshaAllah. Pagi2 ni ana xde buat ape2...maklumla, x pegi skolah pulak harini...ana x berape nk sihat...doakan ana cepat sembuh...amin...:)

Sepanjang ana tingkatan4 belajar pend. Al Qur`an & Sunnah untuk thn 2011 ni, ana makin b`minat nk belajar subjek ni..hrp b`kekalanla minat ana ni...InshaAllah...

Kali ini, ana nk share sebuah hadith yang menerangkan kelebihan menuntut ilmu...

Sabda Rasulullah SAW maksudnya: Daripada Abu Darda` Radiallahu `anhu berkata: aku telah mendengar Rasulullah bersabda, " Sesiapa yang berusaha untuk menuntut ilmu, Allah akan mempermudahkan jalan menuju ke syurga dan para malaikat mengembangkan sayapnya menaungi orang yang menuntut ilmu kerana suka akan mereka. Sesungguhnya orang yang alim juga akan dipohonkan keampunan oleh makhluk yang berada dilangit dan dibumi sehinggakan ikan di air dan kelebihan seorang yang berilmu dengan seorang abid sama seperti bulan purnama berbanding dengan cakerawala-cakerawala yang lain. Sesungguhnya ulama` itu pewaris para nabi dan sesungguhnya para nabi tidak sedikit pun meninggalkan harta walau satu dinar atau satu dirham, sesungguhnya mereka hanyalah mewariskan ilmu, maka sesiapa yang mendapatkan ilmu bererti ia telah memperolehi bahagiannya yang besar"

~ Riwayat Abu Daud & Tarmizi ~

Subhanallah, tingginya darjat orang yang menuntut ilmu di sisi Allah SWT serta makhuk yang lain...Oleh itu, setiap individu muslim wajib menuntut ilmu berdasarkan hadith Rasulullah SAW :

Maksudnya: Anas bin Malik Radiallahu `anhu berkata, Rasulullah SAW bersabda, " menuntut ilmu itu wajib kepada kepada setiap muslim."

~ Riwayat Ibnu Majah & Baihaqi ~


Lihat...kucing comey ni pun suka menuntut ilmu...siap duduk sopan lagi semasa bace buku... :)

Berilmu & Berjihad (^^)

Nak tau x? Orang yang menuntut ilmu ni dikira berjihad fisabillillah...Mereka akan memperoleh ganjaran pahala yang besar...Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar...lagi sekali, Allah menaikkan darjat orang yang menuntut ilmu...dan, jikalau kita mati ketika menuntut ilmu, kita dikira mati syahid! Sesungguhnya, Allah Maha Menyayangi Hamba-NYa yang menuntut ilmu... Sebagaimana hadith Rasulullah SAW :


Maksudnya: Daripada Anas Radiallahu `anhu katanya, sabda Rasulullah SAW, " Sesiapa yang keluar untuk menuntut ilmu bererti ia berjuang pada jalan Allah sehinggalah ia kembali"

~
Riwayat Tarmizi ~

Kesimpulannya, sentiasalah menuntut & menambahkan ilmu di dada...x dapat berjihad di Palestin pun x pe, berjihadlah dalam menuntut ilmu...Ilmu amat penting kepada kita...dengan ilmu, kita dapat mengenal alam ini...dengan ilmu juga, kita dapat mengenal Al-Khaliq...Hanya 1 syarat, menuntut ilmu haruslah dengan niat yang ikhlas lillahi taala serta sentiasa berusaha...dan beramallah kita dengan ilmu...pastikan ilmu itu bermanfaat untuk kita di dunia & akhirat...

Nasihat ana: Jadilah mukminun ( orang2 yang beriman) yang berilmu! ;)


Sekian, ana tinggalkan antum semua beserta sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: Daripada Abdullah Ibnu Mas`ud Radiallahu `anhu berkata, telah bersabda Rasulullah SAW: Jadikanlah diri sebagai orang yang berilmu pengetahuan (alim) atau orang yang suka mencari ilmu atau orang yang suka bicara ilmu dan jangan sekali-kali menjadi golongan yang keempat, nescaya kamu akan binasa.

~ Riwayat At Tabrani ~

May Allah SWT always bless us in our days...amin... jumpe lagi! ^_^


Comments

Popular posts from this blog

BBM: ADAB TERHADAP GURU

BBM: SOLAT 5 WAKTU

BBM: RUKUN ISLAM