As Syahid Imam Hassan al Banna: syahid di jalan dakwah

Bismillahirrahmahmanirrahim...

Assalamu'alaikum, semua. Alhamdulillah, hari ni habis jg minggu ujian 1 utk ana...doakan ana dpt keputusan yg t'baik walaupun utk ujian yg pertama utk tahun 2011 ni...

Kali ni, ana nk kongsikan utk sesiapa yg melawat blog ana ni tntg seorang tokoh Islam yg amat di segani oleh orang2 t'dahulu hingga kini...ana mmg kagum dgn semangat jihadnya menyebarkan dakwah Islam, peribadi unggulnya yang diserap dari al-Qur`an, serta mutiara-mutiara kata berhikmah yang terlafaz dari mulut beliau...


Beliau merupakan As-Syahid Imam Hassan al-Banna..! Tentu antum semua sudah pun mengenalinya bersama organisasi dakwah yang terkenal suatu masa dahulu, Ikhwanul-Muslimin. Oleh itu, ana nak share sejarah hidup, sumbangan, pengalaman, serta keunikan dan keistimewaan beliau sehingga diri beliau diangkat sebagai ikon umat Islam zaman sekarang...

Hassan al-Banna dilahirkan pada Oktober 1906 di perkampungan al-Mahmudiya yang terletak di daerah al-Bahriyyah, Iskandariah, Mesir. Bapanya bernama Syeikh Ahmad ibn 'Abd al-Rahman al-Banna. Bapanya adalah ulama, guru, imam& penulis bebrapa buah kitab hadith & fiqah perundangan Islam. Bapa beliau seorang yang terpelajar & lulusan Universiti al-Azhar Mesir.

Bagi menyara kehidupan keluarga, bapanya bekerja sebagai tukang pembaik jam di tempat tinggalnya itu. Dalam kalangan penduduk kampung, bapanya dihormati kerana dia seorang yang berspoan santun, merendah diri, pemurah & b'peribadi tinggi. Bapanya juga mengajar ilmu2 agama kepada penduduk setempat yang berminat. Kehidupan mereka sekeluarga sederhana.

Hassan al-Banna adalah anak sulung daripada 5 orang adik-beradik. Beliau sering mengikut bapanya membuat perbincangan mengenai hal-hal agama bersama-sama rakan-rakannya di kedai & di rumah. Hal ini menyebabkan Hassan al-Banna terikut-ikut & mewarisi pemikiran & perwatakan bapanya itu.

Pendidikan

Sejak di bangku sekolah rendah, Hassan al-Banna sudah menunjukkan sifat kepimpinannya. Beliau dilantik menjadi pemimpin Badan Latihan Akhlak & Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi di sekolahnya. Beliau banyak m'hadiri majlis2 zikir yang dianjurkan oleh al-Ikhwan al-Hasafiyah.

Bapanya juga mendidik beliau & adik-beradiknya dengan ajaran Islam. Tidak hairan pada usia muda beliau sudah boleh m'hafaz al-Qur`an & seterusnya memasuki Pusat Latihan Perguruan. Beliau adalah pelajar yang pintar kerana sering m'dapat tempat pertama dalam peperiksaan.

Kepintarannya itu menyebabkan Hassan al-Banna dapat melanjutkan pelajarannya ke Darul Ulum di Kaherah pada umur 17 tahun. Pada masa itu, keadaan politik di Kaherah sedang b'golak. Fahaman sekular yg disebarkan oleh Kamal Attarturk menentang aliran Islam di sana. Kebanyakan kegiatan yg b'fahaman sekluar b'leluasa di sana pada masa itu. Mereka berbuat demikian bagi melemahkan pengaruh Islam di Kaherah.

Keadaan ini menarik al-Banna t'libat dengan pertubuhan Jamaiatul Makram al-Akhlaq. Pertubuhan ini giat mengadakan ceramah-ceramah Islam bagi menghapuskan fahaman sekular yang mula menyusup masuk dalam fikiran umat Islam pada waktu itu.

Kerjaya

Semasa beliau berumur 23 tahun, beliau bekerja sebagai guru bahasa Arab di salah sebuah sekolah di bandar Ismailiyah selama 19 tahun. Pada tahun 1946, beliau meletakkan jawatan sebagai guru & mula b'giat sepenuh masa dalam dakwah. Beliau berdakwah melalui gerakan Ikhwanul Muslimun yang ditubuhkannya bersama rakan-rakan yang lain.

Ikhwanul Muslimin
Ikhwanul Muslimin disebarkan dalam 3 peringkat. peringkat pertama melalui ceramah & aktiviti kebajikan yg digunakan bagi m'perkenalkan Ikhwanul Muslimin. Peringkat kedua pula menumpukan kepada ahli-ahli anggota dibentuk supaya m'punyai keperibadian diri yg tinggi bagi m'hadapi cabaran jihad. Peringkat ketiga adalah dengan melaksanakan cita2 perjuangan mereka.

Selepas Perang Dunia Kedua, pertubuhan Ikhwanul Muslimin bertanding dlm pilihan raya di Mesir. Pada tahun 1934, sebanyak 50 buah cawangan Ikhwanul Muslimin di tubuhkan di Mesir. Kegiatan mereka begitu aktif hingga dpt menawan pelajar2 sekolah, qariah masjid & pekerja2 kilang. Ada sumber yg mengatakan, sekitar p'hujung Perang Dunia Kedua, penyokong2 Ikhwanul Muslimin m'cecah hampir setengah juta orang (Masha Allah!) & b'operasi sebanyak 3 ribu buah cawangan di Mesir & 5 buah cawangan di Sudan.

Kerja kebajikan yg dilakukan oleh Hassan al-Banna m'dapat sanjungan daripada kerajaan British. Kerajaan British memuji segala kebaikan yg dilakukan oleh Hassan al-Banna. Namun, pengaruh yang besar pada Ikhwanul Muslimin merunsingkan kerajaan Mesir. Pada masa itu, kerajaan Mesir berada di bawah kuasa Noqrashi Pasha daripada parti al-Saidi. Pada tahun 1948, Noqrashi Pasha m'buat tuduhan dgn mengatakan Ikhwanul Muslimin m'punyai rancangan mahu m'jatuhkan kerajaan Mesir.

Peristiwa itu b'lanjutan hingga semua cawangan Ikhwanul Muslimin disuruh tutup & dihapuskan. Semua penyokong& anggota Ikhwanul Muslimin diseksa, dibunuh & dipenjarakan. Kemuncak peristiwa itu b'lakunya p'bunuhan ke atas Perdana Menteri Mesir. Pertubuhan Ikhwanul Muslimin dituduh & dipersalahkan membunuh Perdana Menteri Mesir. Segala harta benda Ikhwanul Muslimin dirampas & pengikut-pengikutnya ditahan di dalam penjara.

Pada 12 Februari 1949, jam 5 petang, pihak kerajaan Mesir m'jemput Hassan al-Banna dgn tujuan mahu b'bincang perihal krisis yg mereka hadapi itu. Hassan al-Banna dijemput datang ke Pejabat Jami'iyyah al-Syubban al-Muslimin. Hassan al-Banna datang bersama-sama iparnya, Abdul Karim Mansur.

Jemputan itu sebenarnya adalah taktik kotor yang digunakan oleh pihak kerajaan Mesir. Menteri Zaki Ali Basya yg sepatutnya hadir bg b'bincang dgn Hassan al-Banna tidak muncul-muncul. Mereka sebenarnya merancang mahu membunuh Hassan al-Banna. Hassan al-Banna& iparnya ditembak oleh 2 orang tidak dikenali semasa beliau mahu menaiki teksi utk pulang selepas lama menunggu di Pejabat Jam'iyyah al-Syubban al-Muslimin.

Akhirnya Hassan al-Banna m'hembuskan nafasnya yg t'akhir pada 12.50 malam selepas mengalami pendarahan yg banyak.

Namun, perjuangan Hassan al-Banna bersama gerakan Ikhwanul Muslimin tetap berkembang hingga ke hari ini ke seluruh pelosok dunia.

Sumber bibliografi Hassan al-Banna ni ana dpt dari:

Buku 50 Tokoh Islam Yang Mengubah Dunia.
Penulis: Ahmad Amri Zainal Adnan & Nurasyikin Ahmad
Penerbit: PTS Millenia Sdn Bhd.



Semoga kita dapat pengajaran & semangat jihad yg baru utk menegakkan agama Allah serta sistem Khilafah tertegak kembali dgn m'contohi tokoh dunia Islam ini, Insha Allah.

Sekian dari ana, wassalam! :)

Comments

Post a Comment

saya

Popular posts from this blog

BBM: ADAB TERHADAP GURU

BBM: SOLAT 5 WAKTU

BBM: RUKUN ISLAM