Ana & Pesta Buku Antarabangsa...

Antara buku2 yang ana sempat beli di PBAKL...

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum, to all my readers.. Alhamdulillah, akhirnya ana dapat juga pergi ke pesta buku antarabangsa Kuala Lumpur (pbakl) 2011... dah berape tahun ana tertunggu-tunggu nak pergi ke pesta buku ni dengan keluarga. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..! :)

Disebabkan kali pertama pergi ke PWTC, ana dengan keluarga terpakse la guna google map cara jalan untuk ke PWTC...yelakan, dari Perak nak ke Kuala Lumpur, mesti ada tempat yang tak tau lg.
Booth pertama yang ana pegi ialah booth Telaga Biru sdn. Bhd. Dapatla beli buku Ringkasan Riyadhus Solihin karya Imam Nawawi, harga rm50. tp dpt diskaun rm 45.. semoga kitab tu boleh bagi manfaat kpd ana, InshaAllah.

Ringkasan Riyadhus Solihin karya Imam Nawawi. Antara kitab2 yang ana nak sangat beli.


Booth PTS Publication & Booth Ana Muslim antara yang paling sesak... tapi mmg best... rambang mata ana tak tau nak beli buku apa di booth pts tu... terlalu banyak buku... dapat diskaun & buku percuma pulak tu. Dapatlah ana beli buku novel remaja, Usahawan Cilik: Ustaz Handphone & Novel sejarah Islam, Sultan Muhammad al-Fateh, penakluk Konstantinopel. Lepas tu kami jalan2 ke booth2 lain... yang peliknya, ana tak jumpa2 booth Iluvislam.com ... hmm, kalau x mesti lg best... Apepun, ana dah berjaya pergi ke PBAKL 2011 ni, InshaAllah, tahun depan ana nak pergi lagi...
favourite book... masih baru diterbitkan tahun ni...

Sultan Muhammad al-Fateh, penakluk Konstantinopel. Dah lame nak beli novel ni...

Sekian dari ana, Wassalam. :)

Comments

Popular posts from this blog

APA YANG ADA DI DALAM SEBIJI KURMA?

KELEBIHAN MENUNTUT ILMU ^_^

BUAH-BUAHAN YANG DISEBUT DI DALAM AL QUR`AN