Salam eid mubarak ana ucapkan... maaf sebab dah lama x update blog...busy sebagai pelajar sekolah... maaf zahir & batin. Kullu 'amin wa antum bikhair. :)
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah dapat jugak masukkan entri pertama mengenai bahan bantu mengajar (BBM) berkaitan kursus saya iaitu Pendidikan Islam. Entri ini merupakan tugasan bagi subjek MTE 3012 Kompetensi Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Entri pertama saya pada kali ini iaitu RUKUN ISLAM . RUKUN ISLAM ada 5 perkara : 1. Mengakui dengan lidah tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah. (mengucap dua kalimah syahadah). 2. Mendiri solat lima waktu sehari semalam - Solat Subuh 2 rakaat - Solat Zuhur 4 rakaat - Solat Asar 4 rakaat - Solat Maghrib 3 rakaat - Solat Isyak 4 rakaat 3. Menunaikan zakat. 4. Berpuasa di bulan Ramadhan. 5. Mengerjakan Haji di Mekah bagi mereka yang berkemampuan.
Assalamualaikum W.B.T.. Entri ketiga saya pula ialah mengenai SOLAT 5 WAKTU. 1) Pengertian - Dari segi bahasa solat bererti doa - Dari segi syara' solat adalah beberapa ucapan dan perbuatan yang tertentu yang dimualai dengan takbir الله اكبر dan di akiri dengan salam السـلا م عليكم Terdapat 5 waktu solat yang WAJIB tunaikan sebagai seorang Muslim. Di bawah merupakan lafaz niat serta maksud bagi setiap waktu solat... 1. SOLAT SUBUH (2 RAKAAT) Maksudnya: " Sahaja aku menunaikan solat fardhu Subuh dua rakaat tunai kerana Allah ta'ala." 2. SOLAT ZUHUR (4 RAKAAT) Maksudnya: " Sahaja aku menunaikan solat fardhu Zuhur empat rakaat tunai kerana Allah ta'ala." 3. SOLAT ASAR (4 RAKAAT) Maksudnya: " Sahaja aku menunaikan solat fardhu Asar empat rakaat tunai kerana Allah ta'ala." 4. SOLAT MAGHRIB (3 RAKAAT) Maksudnya: " Sahaja aku menunaikan solat fardhu Maghrib tiga rakaat tunai kerana Allah ta'...
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Masha Allah...sudah berhabuk dan berusang blog aina ini. Kali terakhir kemaskini adalah pada tahun 2012 iaitu ketika itu saya sedang menghapi SPM. Hari ini sudah pun memasuki bulan Mei 2017, sudah 5 tahun tak update! Singkatnya waktu berlalu. Alhamdulillah, saya sudah pun melanjutkan pelajaran pada peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam) dengan Kepujian di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Setelah 3 tahun melanjutkan pelajaran di peringkat diploma dalam jurusan Al-Quran & As-Sunnah di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) pada tahun 2013-2016. Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T. yang telah memberikan nikmat umur untuk diri ini terus menuntut ilmu hingga ke peringkat ini. Berbaki lagi 4 tahun, moga Allah permudahkan! Doakan diri ini ya wahai pembaca blog aina. Bermulanya di UPSI ini, saya akan memfokuskan perjalanan saya sebagai bakal pendidik, sebagai bakal...
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete