KEMBALI SEMULA SETELAH 5 TAHUN TIDAK BER'BLOGGING'!

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Masha Allah...sudah berhabuk dan berusang blog aina ini. Kali terakhir kemaskini adalah pada tahun 2012 iaitu ketika itu saya sedang menghapi SPM. Hari ini sudah pun memasuki bulan Mei 2017, sudah 5 tahun tak update! Singkatnya waktu berlalu.

Alhamdulillah, saya sudah pun melanjutkan pelajaran pada peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam) dengan Kepujian di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Setelah 3 tahun melanjutkan pelajaran di peringkat diploma dalam jurusan Al-Quran & As-Sunnah di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) pada tahun 2013-2016. Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T. yang telah memberikan nikmat umur untuk diri ini terus menuntut ilmu hingga ke peringkat ini. Berbaki lagi 4 tahun, moga Allah permudahkan!

Doakan diri ini ya wahai pembaca blog aina. Bermulanya di UPSI ini, saya akan memfokuskan perjalanan saya sebagai bakal pendidik, sebagai bakal ustazah yang akan mendidik para pelajar kelak untuk mencintai Islam, insha Allah. Oleh itu, saya akan masukkan beberapa post mengenai BBM (bahan bantu mengajar) berdasarkan kos Pendidikan Islam ini atas tugasasan kursus yang terlibat. :)

Comments

Post a Comment

saya

Popular posts from this blog

BBM: ADAB TERHADAP GURU

BBM: SOLAT 5 WAKTU

BBM: RUKUN ISLAM